SS Führungshauptamt

SS-Führungshauptamt (bahasa Inggeris: SS Leadership Main Office) (SS-FHA) (Bahasa Melayu: Pejabat Operasi Utama SS) ialah markas operasi SS.

SS-FHA
SS Führungshauptamt
Insignia SS (sig runes)
Bendera SS. SS-FHA adalah pejabat operasi Waffen-SS dan Allgemeine SS.

SS-Obergruppenführer Hans Jüttner, ketua SS Führungshauptamt dari tahun 1943 hingga 1945.
Intisari agensi
Dibentuk1940
Agensi terdahulu
Dibubarkan8 Mei 1945
Bidang kuasa
Jerman Jerman Nazi
Taklukan Eropah
Ibu pejabatSS Führungshauptamt, Prinz-Albrecht-Straße, Berlin
52°30′26″N 13°22′57″E / 52.50722°N 13.38250°E / 52.50722; 13.38250
Kakitangan~4,000 anggota pada tahun 1941
Eksekutif Agensi
Agensi induk
SS
Agensi-agensi anak

Ia bertanggungjawab bagi pentadbiran Maktab Tentera (Junkerschulen), penuntut perubatan, logistik, dan kadar gaji. Ia juga adalah markas pentadbiran dan operasi bagi Waffen-SS yang bertanggungjawab bagi organisasi dan peralatannya serta Susunan tempur unit-unit kombat SS.

Formasi sunting

SS-Führungshauptamt, yang berada di bawah arahan terus Reichsführer-SS Heinrich Himmler, telah ditubuhkan pada tahun 1940 dari beberapa jabatan dalam SS-Hauptamt dan Allgemeine SS. Tugas utamanya adalah mengawal operasi Waffen-SS membangunkan dasar umum mengenai rekrut dan mengendalikan keperluan kakitangan khas. Menjelang tahun 1942, pengambilan oleh Allgemeine SS telah hampir berhenti akibat Perang Dunia II, bermakna unit tempatan bertanggungjawab untuk mengekalkan tahap kakitangan mereka sendiri.

SS-FHA mempunyai keutamaan ke atas semua cawangan lain Angkatan Tentera dalam pemilihan rekrut. Begitu juga, untuk memenuhi kadar kasualti dan pengembangan divisyen medan Waffen-SS, perkhidmatan dalam Waffen-SS telah diwajibkan kepada semua ahli-ahli Allgemeine-SS pada tahun 1941. SS-FHA juga menerima kakitangan yang memohon pemindahan secara sukarela ke Waffen-SS selepas dimasukkan ke dalam mana-mana cawangan lain tentera Nazi Jerman; ini kemudian termasuk ahli-ahli Belia Hitler. Apabila Himmler meletak jawatan sebagai Ketua SS-FHA pada tahun 1943, SS-Obergruppenführer Hans Jüttner mengambil alih jawatan sehingga akhir perang.

Organisasi sunting

Jabatan Kumpulan A (Amtsgruppe A) Organisasi, Anggota dan Bantuan (Organisation, Personal, Versorgung)

  • Amt I - Jabatan Arah Allgemeine SS (Kommandoamt der Allgemeinen-SS)
  • Amt II - Jabatan Arah Waffen-SS (Kommandoamt der Waffen-SS)
  • Amt III - Canseleri Pusat (Zentralkanzlei)
  • Amt IV - Jabatan Pentadbiran (Verwaltungsamt)
  • Amt V - Jabatan Perkhidmatan Anggota (Personalamt)
  • Amt VI - Pejabat Latihan Pemandu dan Penunggang (Reit- und Fahrwesen)
  • Amt VII - Pejabat Teori Logistik (Nachschubwesen)
  • Amt VIII - Jabatan Senjata (Waffenamt)
  • Amt IX - Jabatan Teknikal dan Pembangunan Mekanikal (Technische Ausrüstung und Maschinen)
  • Amt X - Pentadbiran Kenderaan Motor (Kraftfahrzeugwesen)

Jabatan Kumpulan B (Amtsgruppe B) Latihan (Ausbildung)

  • Amt XI - Pegawai Latihan (Führer-Ausbildung) dan Maktab Pegawai Kadet SS (mit SS-Junkerschulen)
  • Amt XII - Latihan PTT (Unterführer-Ausbildung) dan Maktab Latihan PTT SS (mit SS-Unterführerschulen)

Jabatan Kumpulan C (Amtsgruppe C) Pemeriksaan (Inspektionen)

  • Insp. 2 Pasukan Infantri dan Gunung (Infanterie- und Gebirgstruppen)
  • Insp. 3 Kavalri (Kavallerie)
  • Insp. 4 Artileri (Artillerie)
  • Insp. 5 Jurutera / Juruteknik (Pioniere/Techniker)
  • Insp. 6 Pasukan Panzer (Panzertruppen)
  • Insp. 7 Pasukan Semboyan (Nachrichtentruppen)
  • Insp. 8 Pasukan Penyelenggaraan Medan (Feldzeug- und Instandsetzungstruppen)
  • Insp. 9 Pasukan Khidmat Bantuan (Versorgungstruppen)
  • Insp. 10 Pasukan Khidmat Motor (Kraftfahrparktruppen)
  • Insp. 11 Tidak diketahui
  • Insp. 12 Latihan Teknikal (Technische Lehrgänge)
  • Insp. 13 Meriam Anti-Pesawat (Flakartillerie)

Jabatan Kumpulan D (Amtsgruppe D) Pasukan Kesihatan Waffen-SS (Sanitätswesen der Waffen-SS)

  • Amt XIII - Pentadbiran (Verwaltung)
  • Amt XIV - Bahagian Pergigian (Zahnwesen)
  • Amt XV - Bekalan (Versorgung)
  • Amt XVI - Rawatan Perubatan (Ärztliche Behandlung)