Salaf

rencana senarai Wikimedia

Salaf (Arab: السلف) adalah golongan umat Islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun pertama sehingga kurun ketiga hijrah, atau sehingga kurun kelima hijrah. Golongan yang paling kuat diterima sebagai golongan ini adalah sehingga kurun ketiga hijrah. Lazimnya, generasi yang hidup selepas mereka digelari sebagai golongan khalaf.

Salaf itu bukan semata-mata suatu zaman yang diberkati, tetapi suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama walaupun keseragaman manhaj dalam bidang agama itu tidak berlaku dalam keseluruhan salaf. Dalam bidang fiqh sahaja ada perbezaan antara Ahl Hadith dengan Ahl Ra'yi. Dalam bidang aqidah juga berbeza-beza manhajnya. Imam Ahmad berbeza dengan Imam Al-Muhasibi dan Ibn Kullab. Begitu juga Imam Al-Bukhari berbeza dengan Al-Imam Ahmad dalam masalah lafaz Al-Qur'an. Begitulah masalah-masalah lain. Jadi, tidak ada namanya mazhab salaf dalam erti kata suatu himpunan keseragaman manhaj dalam bidang agama. Salaf dalam istilah sebenar hanyalah suatu tempoh masa yang diberkati.

Etimologi sunting

Perkataan salaf dapat diterjemahkan menjadi "terdahulu" atau "leluhur". Dalam terminologi Islam, secara umum digunakan untuk menunjuk kepada tiga generasi pemeluk Islam pertama, iaitu:

  • Ṣaḥābat: (Arab: الصحابه) Sahabat Nabi Muhammad, yang bertemu atau melihat kehidupan Nabi dan menyatakan keimanan serta meninggal dalam keimanan tersebut.
  • Tābi‘īn: (Arab: التابعين yang pernah bertemu atau melihat sahabat dan menyatakan keimanan, dan mati dalam keimanan tersebut.
  • Tāba‘ at-Tābi‘īn: (Arab: تابع التابعين) yang pernah bertemu atau melihat tabi'in kemudian menyatakan keimanan dan mati dalam keimanan tersebut.

Perkataan khalaf pula diterjemahkan menjadi "terkemudian" atau "pengganti". Ini merujuk kepada generasi-generasi umat Islam yang terkemudian.

Dalam ḥadīts, Muhammad berkata tentang salaf, "Masyarakat terbaik adalah mereka yang hidup dalam generasiku, kemudian generasi setelahnya, dan ge

nerasi setelahnya.[1]

Error: tiada nama laman disertakan (help).

Catatan kaki sunting

Rujukan sunting

Diarkibkan (Date missing) di islamic-dictionary.tumblr.com (Error: unknown archive URL)

Lihat pula sunting

Pranala/Pautan luar sunting

(Indonesia)

(Indonesia) (Indonesia)(Indonesia)Error in Webarchive template: Empty url. (Indonesia)(Indonesia)(Indonesia)(Indonesia) (Indonesia)