Sani Araby Al-Kahery

Dato' (Dr.) Sani Araby Al-Kahery ialah seorang figura kemanusiaan antarabangsa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia. Beliau merupakan pakar strategi kemanusiaan dan kepimpinan NGO, memainkan peranan penting dalam merancang serta melaksanakan misi bantuan Malaysia dan global seperti di Palestin, Syria, dan negara-negara konflik lain. Dato' (Dr.) Sani juga berkhidmat sebagai perunding dan penasihat bencana kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), menjadikannya rujukan dalam pengurusan krisis dan bantuan kemanusiaan peringkat antarabangsa.[1]

DATO' (DR)

SANI ARABY BIN DATO' ABDUL ALIM ARABY

Pj Kehormat (PA), DSAP (PAHANG)
Sani Araby giving speech in a press conference
SebutanSani Araby Al-Kahery
Kelahiran4 Julai 1984
Pulau Pinang
WarganegaraMalaysian
PendidikanUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
PekerjaanInternational Humanitarian Figure
OrganisasiMajlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM),

Al-Khair Foundation (UK)

Miles of Smile (UK)

Sultan Idris Universiti of Education (UPSI)

Malaysia Civil Defence Force (APM)

Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

(OIC) ICHAD - GAZA
PasanganDatin Norshahida Azmi
IbuDatin Hajah Che Gayah Binti Said
BapaDato' Haji Abdul Alim Araby Bin Mohd Salih Al-Kahery
AnugerahDarjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) 2024

Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017

Pesuruhjaya Kehormat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)

Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Anugerah Tokoh Ikon Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015
KepujianPingat 'For Diligence and Merit', Mufti Moscow, Rusia 2023
Laman web rasmiwww.mapim.org

Pengenalan

sunting

Dato' (Dr.) Sani Araby Al-Kahery[2] atau nama sebenar beliau Dato' Ahmad Sani Bin Dato' Abdul Alim Araby merupakan seorang anak muda yang aktif dalam perniagaan. Beliau juga banyak dikenali sebagai sukarelawan dalam kerja-kerja kemanusiaan[3] serta kemasyarakatan dalam & luar negara[4]. Dilahirkan di Pulau Pinang pada 4hb Julai 1984, beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga berketurunan campuran Melayu-Arab, beliau lebih dikenali sebagai Sani Araby[5] di media massa dan sosial. Beliau mendapat pendidikan asas perguruan di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (MPSAH)[6] dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang TESL (Teaching English as Second Language) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau meletakkan prinsip "Pioneering & Versatility " dalam mod kepimpinan dan kemasyarakatan. Beliau berpandangan bahawa setiap apa yang dilakukan perlulah dilaksanakan dalam standard yang High-Impact, mengutamakan strategi yang berkesan, seminima kos serta tenaga dan memberi manfaat yang besar serta bersifat multiple effect impact[2].

Beliau kini giat memperjuangkan nasib rakyat Palestin[7][8] dan Syria yang ditindas. Sani Araby juga sering dijemput berucap dan berkongsi buah fikiran di peringkat antarabangsa dan dalam negara menerusi persidangan-persidangan serta perbincangan meja bulat. Antaranya pada Mac 2013, beliau telah dijemput untuk membahaskan tentang isu kemanusiaan Rohingya dan Gaza di Persidangan Human Right Council Kali Ke-22 (United Nation) di Geneva, Switzerland[9].

Atas kejayaan mengasaskan beberapa pelan-pelan strategik bertindak untuk projek-projek kemanusiaan di Gaza, Sani Araby telah dilantik menjadi Pengarah Malaysia oleh organisasi Miles of Smiles, United Kingdom pada tahun 2021[10].

Beliau dikenali sebagai anak muda yang mempunyai visi besar untuk membina Ummah dengan gaya tersendiri. Oleh kerana itu, beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang[11] disampaikan oleh TYT Gabernor Pulau Pinang. Pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kali ke- 19, Sani Araby menempa sejarah menjadi penerima tunggal bagi Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan dan termuda dalam sejarah 95 tahun universiti[1]. Penganugerahan ini disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim selaku Canselor universiti. Atas bakti beliau dalam kerja kemanusiaan antarabangsa , beliau juga telah ditauliahkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri ke-7 Malaysia) sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menjadi Penasihat Hal Bencana & Kemanusiaan Antarabangsa APM.[12]

Pada Mei 2023, beliau sekali lagi dianugerahkan Pingat "For Diligence and Merit" yang disampaikan oleh Mufti Moscow, Rusia mewakili Ketua Dewan Kerohanian Rusia. Majlis ini berlangsung selepas persidangan Forum Ekonomi Kazan - OIC dimana beliau turut menjadi speaker jemputan.[13]

Darjah, Anugerah & Pengiktirafan

sunting

Darjah Kebesaran Negeri/Negara


Pingat

Anugerah & Pengiktirafan

  • Pesuruhjaya Kehormat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)[12]
  • Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2017[1]
  • Duta Kemanusiaan OIC-ICHAD (Gaza)[14]
  • Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang[11]
  • Anugerah Tokoh Ikon Alumni, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2015
  • Anugerah Kepimpinan Individu Terbaik (Lelaki), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2006
 
Sani Araby dianugerahkan Tokoh Khas Anak Muda Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang oleh TYT Pulau Pinang
 
Sani Araby dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kesukarelawan oleh DYMM Tuanku Permaisuri Perak Canselor UPSI

Jawatan Tertinggi Sedang Disandang (Kerajaan)

sunting
  • Pesuruhjaya Kehormat (Pj)[15]
  • Penasihat Sektor Bencana & Misi Kemanusiaan Antarabangsa APM[12]

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM(terkini APM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah universiti terulung negara yang terkenal dengan sejarah permulaannya yang sangat masyhur. Berusia hampir 100 tahun, universiti ini merupakan universiti awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Kerajaan Malaysia. Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (LPU) adalah pihak berkuasa tertinggi Universiti yang dilantik oleh Menteri sebagai badan yang mengelola, membuat dasar, dan mengawasi hal-hal berkaitan tadbir urus Universiti secara keseluruhannya. LPU adalah pemegang kuasa legislatif atau perundangan yang boleh bertindak untuk menyemak dan menyeimbangkan (check and balance) kuasa-kuasa pihak berkuasa Universiti yang lain.[16]

  • Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri

Aktivis Kemanusiaan & Kemasyarakatan

sunting

Antara jawatan yang sedang disandang dalam organisasi dan NGO dalam dan luar negara adalah:

Antarabangsa

sunting
  • Honorary President - Youth For Syria (Y4S) Organisation[17] (2015-2017)
  • Vice President, International Educational, Scientific, Social Organisation (IESCO)
  • Board of Trustee - Kesatuan NGO Kemanusiaan Syria (Itihad Syria)[18] (2015-2017)
  • Chairman, Malaysia-Syria High Commission For Humanitarian Assistant[19]
  • Executive Project Director - International Rescue Syria Humanitarian Projects[20]
  • Executive Project Coordinator - International Grand Campaign: Rebuild Gaza For Ummah[21]
  • Chef De Mission - Misi Kemanusiaan Khas Tragedi Palu (MAPIM - APM - JAKIM)

Kebangsaan

sunting
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
  • Timbalan Presiden
  • Ketua Aktivist Kemanusiaan
  • Ketua Pengarah Strategi & Perhubungan Korporat, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) 2011-2016[20]

Pusat Penyebaran Dakwah Islam Antarabangsa (IPSI)

sunting
  • Ahli Lembaga Penasihat

Pusat Dalam Komuniti OKU di Bandar Seberang Jaya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

sunting
  • Penasihat Pembangunan Strategik, Pusat Dalam Komuniti (OKU) Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang (JKM)

Beliau merupakan pencetus dan penggerak utama secara lansung dalam Pembangunan Semula Pusat Dalam Komuniti OKU di Bandar Seberang Jaya[22][23][24]. Menerusi strategi yang berkesan, projek ini berjaya disempurnakan pembinaan bangunan Pusat OKU ini yang berjumlah hampir RM 500,000.00 hanya dalam masa 6 bulan. Kini pusat ini telah beroperasi di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat dan memberi khidmat kepada golongan OKU yang memerlukan.

Projek Kemanusiaan Antarabangsa

sunting

1.Rescue Syria Humanitarian Projects[25][26][27]

sunting

Beliau diamanahkan oleh pihak MAPIM Malaysia untuk mengasas dan mengetuai projek kemanusiaan di dalam Syria selepas berlaku perang 2012. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah memfokuskan beberapa sektor yang terdesak untuk diberi bantuan kecemasan. Sehingga Mac 2017, Team Rescue Syria MAPIM telah berjaya menghantar bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia[28] kepada rakyat Syria yang memerlukan. Beliau juga telah mengasaskan Online Infaq Solution dimana sumbangan disalurkan secara tersusun menerusi www.tabungsyria.com. Bantuan ini disalur secara terus menerusi beberapa siri misi kemanusian yang diketuai sendiri oleh Sani Araby Al-Kahery. Cabaran [29]yang dilalui team RescueSyria banyak dikongsi bersama dalam penulisan media tempatan serta di slot jemputan stesyen televisyen tempatan dan luar negara. Antara kejayaan Misi Bantuan RescueSyria (MAPIM) adalah seperti :

  • Mengasaskan sebuah bandar tersusun pertama seadanya mewakili Malaysia seluas 18 hektar menempatkan 1000 rumah dan fasiliti lain di Azaz-Syria[30]
  • Membuka kawasan penempatan tersusun kedua dengan jumlah 800 rumah di kawasan pinggir Aleppo[31]
  • Mengasaskan sebuah Central Warehouse di sempadan Turki-Syria[32]
  • Membina 27 buah telaga air induk di 4 negeri Syria dan berjaya beri khidmat kepada lebih 250,000 penduduk sekitar.
  • Menghantar 80 buah kontenna bantuan kecemasan Syria
  • Mengedarkan lebih dari 2,000,000 pek roti untuk keluarga Syria
  • Mengasaskan Central Kitchen di sempadan Turkey dengan menyediakan setiap hari 60,000 pek roti percuma[33]
  • Menghantar 62,000 winter blanket untuk pelarian di dalam Syria
  • Menghantar 15,000 winter heater untuk pelarian di dalam Syria
  • ReActivate 24 Masjid di dalam Syria yang separa musnah dan rosak akibat diserang ketika perang.
  • ReActivate 23 sekolah di 4 negeri dalam Syria. Kini sekolah ini beroperasi dengan jumlah pelajar keseluruhan sebanyak 15,000 orang.[34]
  • Menghantar 10 van ambulan untuk kegunaan 6 buah medical points dan hospital di Azaaz, Idleb, Aleppo, Hama -Syria.[35]
  • Membina sebuah klinik bersalin yang dinamakan Malaysia Maternity & Paediatric Clinic For Syria untuk beri khidmat kepada 2 buah negeri di Hama & Idleb[36].
  • ReActivate 4 buah ladang (Lembu/Kambing/Kentang) untuk beri pekerjaan kepada pelarian dalam negara Syria dan sumber ekonomi pusingan.
  • Mengasaskan sebuah pusat pembangunan guru untuk melatih dan membangunkan sektor pendidikan dalam cabaran medan perang.
  • Menaja dan menyokong 6 buah hospital di dalam Syria yang sangat terdesak memerlukan bantuan berupa ubatan dan peralatan perubatan.
  • Membina sebuah Institut Pendidikan peringkat kolej di Hama khusus untuk pengajian Islam dan juga Sosial.
  • Mengasaskan 2 buah kem pelarian Internally Displace People (IDP) di dalam Syria dan membina 200 khemah yang menempatkan 2,000 pelarian Syria.[37]

2.International Grand Project : Rebuild Gaza For Ummah

sunting
 
Sani Araby bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Nadir AlNuri (CEO Persatuan Cinta Gaza Malaysia), dan Ahmad Fahmi (Presiden ABIM) di Parlimen Malaysia membincangkan isu Palestin Oktober 2023.

Sani Araby Al-Kahery merupakan antara individu yang terlibat secara langsung[38] dan telah mengasaskan sebuah kempen yang dinamakan sebagai International Grand Campaign : Rebuild Gaza For Ummah[39] selepas beliau terselamat dari Perang Gaza-Israel 2012. Cetusan idea menerusi gemblengan tenaga sahabat MAPIM telah berjaya membantu Gaza menerusi 6 projek fokus utama iaitu :

  • Pembinaan semula 10 buah masjid di Gaza[40]
  • Mengasaskan Economy Breathing Empowerment Programme (Micro Credit) yang telah berjaya membantu 504 peniaga untuk besarkan perniagaan dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Gaza.
  • Mengasaskan Education Sponsorship Program yang telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 3,000 pelajar peringkat pra-sekolah, rendah, menengah serta universiti di dalam Gaza serta di Malaysia.
  • Mengasaskan Rebuild My Gazzan Home Project : sebanyak 600 keluarga dibantu bina semula rumah mereka setelah hancur dibom regim Israel.
  • Mengasaskan Care Orphanage Programe dengan kerjasama ngo SALIMAH: telah membantu hampir 3500 anak yatim Gaza
  • Mengasaskan Hospital upgrade & medical Assistant Programme: membantu lebih dari 5 buah hospital utama menerusi pembiayaan ubatan serta penajaan barangan medic.
  • Mengetuai Projek Menghantar 10 Ambulance untuk rakyat Gaza sumbangan rakyat Malaysia[41]


Kempen ini juga telah berjaya dinobatkan sebagai

  • Ibnu Rush : The Best (People's Choice) Social Campaign of The Year anjuran Majlis Dakwah Negara (MKN) dan disampaikan oleh DYMM Tuanku Sultan Perak pada 7 Januari 2020

3. Misi Bantuan Kecemasan Tragedi Bencana Palu - Indonesia[42]

sunting

Sani Araby sekali lagi telah dilantik untuk mengetuai Misi Khas untuk sampai pada hari ke-3 bencana dengan limitasi pengangkutan serta kemudahan asas yang lumpuh sepenuhnya di Palu, Indonesia. Namun team MAPIM Malaysia berjaya masuk dan menggerakkan bantuan 10 trak awal kepada mangsa bencana hingga menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia dan Indonesia[43]. Seterusnya beliau dilantik oleh pihak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjadi Chef De Mission melaksanakan misi membawa aktivist pihak kerajaan mewakili pihak JAKIM serta agensinya dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Misi ini telah menempa pelbagai sejarah atas projek bantuan yang dilihat proaktif serta banyak memberi manfaat antaranya

  • Membina 3 Telaga Air Induk pada hari ke-5 ketika penduduk Palu terputus bekalan air bersih[44][45]
  • Mengasaskan sebuah Perkampungan tersusun untuk 100 keluarga lengkap dan menjadi contoh kepada pihak tempatan serta diberi nama ' Perkampungan Ummah'[46]
  • Membina semula 5 buah masjid yang runtuh akibat gempa serta likuafaksi[47]
  • Mengagihkan lebih dari 10,000 kotak bantuan makanan, kit kebersihan, kit solat dan pelbagai lagi

Projek Kebajikan Dalam Negara

sunting

Menjadi fokus utama untuk Sani Araby meletakkan khidmatnya kepada negara menerusi pelbagai projek yang diasaskan serta menjadi penasihat untuk agenda pembangunan Ummah melibatkan pelbagai NGO serta agensi. Antaranya adalah

  1. Mengasaskan sebuah Pusat Dalam Komuniti (OKU) di Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang Kejayaan membina sebuah bangunan yang dijadikan pusat pembangunan Orang Kurang Upaya ini bermula apabila jawatankuasa masyarakat menjemput beliau untuk menyelesaikan masalah melibatkan kegunaan dewan orang ramai dijadikan pusat pembelajaran OKU. Justeru beliau menyusun strategi untuk membina sebuah pusat khas yang lebih tersusun. Dalam tempoh 6 bulan sahaja, beliau dan jawatankuasa berjaya membina sebuah bangunan lengkap fasiliti dengan kos perbelanjaan menelan RM500,000 yang dicari menerusi kutipan orang ramai. Pusat ini pernah diangkat menjadi PDK contoh bagi negeri Pulau Pinang atas usaha yang dizahirkan.
  2. Mengasaskan ' Ummah Double-Decker Mobile Clinic' Projek ini merupakan yang pertama seadanya dalam negara dari pihak NGO. Mengubahsuai sebuah bas dua tingkat menjadi klinik bergerak adalah sesuatu yang diluar jangka. Menempatkan 4 bilik rawatan, bas ini menjalankan khidmat percuma untuk seluruh semenanjung. Mobile Clinic ini menjadi sangat penting di saat krisis Covid19, kerana menjalankan khidmat ke kawasan desa dan tempat terpencil serta memberi khidmat untuk pesakit Non-Covid. Beliau asaskan projek ini dengan mengangkat tema ' Dari Ummah Untuk Ummah'[48][49]
  3. Mengasaskan Sistem i-Ummah[50] Menerusi pengalaman dalam dan luar negara, beliau telah mengetuai pembinaan sebuah sistem pengurusan bantuan kemanusiaan yang dinamakan sebagai i-Ummah. Mempunyai fasiliti pengumpulan data secara sistematik dan online yang dinamakan Asnaf Databased Centre, sistem ini menjadi rujukan pihak Kerajaan Malaysia (APM & JKM) kerana mempunyai keupayaan inteligence pengurusan menerusi mobile apps yang menjadikan semua bantuan kepada Asnaf dapat direkod mengunakan imbasan QRCode dan pelaporan penerimaan asnaf secara real-time beserta geo-tagging agar tidak berlaku penindanan agihan serta penyelewengan. Sistem ini telah melalui fasa R&D selama 2 tahun dan kini digunakan dalam versi 2.0
  4. Mengasaskan MAPIM Central Warehouse[51] Mendepani pelbagai isu bencana serta asnaf dalam negara, Beliau mengetuai aktivist MAPIM mengasaskan sebuah gudang seluas 1 ekar di Sepang yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan bantuan, membungkus serta merekod dan menjadi hub untuk pengagihan bantuan di seluruh semenanjung Malaysia. Barangan bantuan dibeli dengan harga pukal untuk dapat ditambah jumlah barangan yang boleh disumbang kepada Asnaf. Gudang ini juga menjadi tempat untuk pengumpulan bantuan sumbangan dari pelbagai pihak. Gudang ini dapat memuatkan 30,000 kotak bantuan pada satu-satu masa.[52]

Persidangan Antarabangsa

sunting
  • Moderator, Declaration of International Alliance Against Aggression di Geneva Press Club, Geneva- Switzerland pada 13 Mac 2013
  • Speaker, Rohingya: People without Land Forum di 23th Human Right Council Conference (United Nation) di Geneva, Switzerland pada 15 Mac 2013
  • Main Speaker, Rebuild Ghaza Forum, Room XXVII United Nation (UN) Geneva- Switzerland pada 14 Mac 2013
  • Main Speaker & Head of Malaysia Delegation, The World Solidarity Conference Against The Israeli Aggression On Sudan. Khourtum- Sudan pada November 2012
  • Main Speaker, International Public Foundation To Aid Gaza, Istanbul- Turkey pada August 2014
  • Presenter, The 5th Conference Of Civil Society Organization In The Islamic World (OIC), di Istanbul-Turkey pada Disember 2013
  • Speaker, Syrian Orphan Care Network Conference, di Istanbul- Turkey pada August 2015
  • Speaker, 2nd Global Convention The Return To Palestine, di Beirut-Lebanon pada December 2014
  • Speaker, Europe Ummah Road Tour Forum, United Kingdom pada November 2014
  • Speaker, Takaful 4th Childhood Welfare Conference, Istanbul-Turkey pada 21-22 April 2017
  • Speaker, Mena Rountable Series 1 - Crisis in Syria, When will it End?, UKM- Malaysia 27 April 2017

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/10/276651/pengiktirafan-kepada-usaha-sukarelawan
  2. ^ a b Sani Araby Bukan Calang-calang. (2014, July 1). Sinar Harian [Georgetown], p. 47. 
  3. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/345936/bakti-setulus-hati
  4. ^ Nyawa Bagai Dihujung Tanduk. (2012, December 11). Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/nyawa-bagai-di-hujung-tanduk-1.111493
  5. ^ Facebook Sani Araby Al-Kahery
  6. ^ MPSAH Juara Perbahasan. (2003, December 29). Harian Metro [Sungai Petani], p. 54.
  7. ^ Kezaliman Israel perlu ditentang secara konsistenhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/587096/kezaliman-israel-perlu-ditentang-secara-konsisten
  8. ^ MAPIM Hantar Misi Kemanusiaan Ke Gaza. (2014, July 12). Sinar Harian [Kuala Lumpur. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/nasional/mapim-hantar-misi-kemanusiaan-ke-gaza-1.298966]
  9. ^ MAPIM di Geneva Sidang UNHRC
  10. ^ MalaysiaGazette, Wartawan (2023-02-14). "TERKINI TURKIYE | Miles of Smile Lantik Sani Araby Chief de Mission Ke Gaza". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  11. ^ a b Tokoh Anugerah Khas (Anak Muda) Maulidur Rasul 1435H Peringkat Negeri Pulau Pinang
  12. ^ a b c [1]MAPIM, APM bakal latih sukarelawan. Sani Araby ditauliahkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat APM oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi
  13. ^ "Укрепляются связи ДСМР с единоверцами Малайзии". dsmr.ru. Dicapai pada 2023-10-10.
  14. ^ Terkandas Di Pintu Rafah. (2014, August 21). Sinar Harian [Georgetown. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/terkandas-di-pintu-rafah-1.309867]
  15. ^ Effendy, Adli (2022-01-03). "NGO antarabangsa terkenal ucap tahniah kepada (Dr.) Sani Araby". UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  16. ^ Lembaga Pengarah UPSI 2016-2019
  17. ^ Youth For Syria (Y4S) Organisation's Official Facebook Page
  18. ^ http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendirian-perdana-menteri-beri-sinar-harapan-buat-pelarian-syria-ngo-75230
  19. ^ Murahnya Harga Nyawa Di Syria. (2014, February 21). Utusan Malaysia, p. 26.
  20. ^ a b Ayuh Selamatkan Syria! (2014, March 2). Sinar Harian. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ayuh-selamatkan-syria-1.256086
  21. ^ Kayuhan Amal Bantu Gaza. (2013, January 23). Harian Metro [Butterworth], p. 30.
  22. ^ PDK Seberang Jaya Perlu Dana Bina Bangunan Sendiri. (2008, January 23). Berita Harian [Bukit Mertajam].
  23. ^ PDK Perlu RM400,000. (2008, January 21). Harian Metro [Seberang Jaya].
  24. ^ Putting Politics Aside To Help Children. (2008, August 22). The Star
    'Ahmad Sani Araby,24, who professes to be neutral in politics said the committee had a big plans for the centre'
  25. ^ MAPIM Lancar Misi Bantuan Musim Sejuk. (2014, February 8). Utusan Malaysia, p. 11 & 21.
  26. ^ Cuaca sejuk cabaran utama misi bantuan pelarian Syriahttp://www.astroawani.com/video-malaysia/cuaca-sejuk-cabaran-utama-misi-bantuan-pelarian-syria-347092
  27. ^ Misi MAPIM bantu 80,000 rakyat Syria https://www.bharian.com.my/node/227228
  28. ^ [2]Misi MAPIM bantu 80,000 rakyat Syria
  29. ^ MAPIM teruskan misi ke Syria https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414555/mapim-teruskan-misi-ke-syria
  30. ^ https://www.youtube.com/watch?v=U3aYKrrHHto&t=1s
  31. ^ Mapim to build a village for refugees in Syria https://www.nst.com.my/news/nation/2019/04/475691/mapim-build-village-refugees-syria
  32. ^ MAPIM buka gudang bantuan di sempadan Turki, Syriahttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/422688/mapim-buka-gudang-bantuan-di-sempadan-turki-syria
  33. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/441334/sup-panas-belon-ceriakan-anak-pelarian
  34. ^ UPSI tekad teraju khidmat pedagogi terbaik di 36 sekolah pelarian luar negara anjuran MAPIM Malaysiahttps://www.youtube.com/watch?v=Tho52ue4j7Y&t=59s
  35. ^ Ambulans wakaf berbakti tanpa henti di Syria [METROTV] https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/316449/ambulans-wakaf-berbakti-tanpa-henti-di-syria-metrotv
  36. ^ Malaysia Maternity Clinic kini berkhidmat hasil infaq rakyat Malaysia
  37. ^ MAPIM Wakafkan Khemah untuk Pelarian Syriahttps://www.youtube.com/watch?v=oLI5064vNCk&t=31s
  38. ^ Nafi Gaza dikepung 1,000 kereta kebal. (2014, March 27). Berita Harian [Kuala Lumpur], p. 27.
  39. ^ Mapim sasar kutip RM30 juta bantuk penduduk Gaza. (2013, March 7). Sinar Harian[Butterworth. Retrieved from http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mapim-sasar-kutip-rm30-juta-bantuk-penduduk-gaza-1.137594]
  40. ^ Derma RM1.5j Bina 'Masjid Melayu' Gaza. (2013, January 23). Berita Harian[Butterworth], p. 23.
  41. ^ https://www.youtube.com/watch?v=9vZn021le9s&t=2s
  42. ^ Mapim volunteers fly into warm receptionhttps://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/421486/mapim-volunteers-fly-warm-reception
  43. ^ Berita Al-hijrah -MAPIM hantar bantuan terdesak gunakan Helikopterhttps://www.youtube.com/watch?v=_1q8YKeRlVs
  44. ^ Berita Al-Hijrah - MAPIM bina Pompa Air https://www.youtube.com/watch?v=rHsS39gltv4
  45. ^ 'Pompa Malaysia' jadi talian hayat penduduk Palu http://www.astroawani.com/berita-dunia/pompa-malaysia-jadi-talian-hayat-penduduk-palu-188575
  46. ^ [3]#tvalhijrah perasmian Huntara JAKIM di Kota Palu
  47. ^ Malaysia Bangun Masjid di Palu https://international.sindonews.com/berita/1375450/40/malaysia-bangun-masjid-di-palu
  48. ^ MALIK, NAQIAH ABDUL (2022-01-04). "APA ITU MAIWP MOBILE CLINIC?". Laman Web MKN. Dicapai pada 2023-10-10.
  49. ^ BERNAMA (2021-12-27). "MAIWP MOBILE CLINIC KE MISI BANJIR BANTU MANGSA DI HULU LANGAT". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-10.
  50. ^ MAPIM Malaysia Perkenal Inovasi Sistem Pengurusan Pengagihan Bantuan https://www.youtube.com/watch?v=wNlwygWmGVs&t=28s
  51. ^ Berita Al-Hijrah; MAPIM Pusatkan Bantuan & Sumbangan COVID19 di Ummah Central Warehouse https://www.youtube.com/watch?v=gn1kgm-eUcA
  52. ^ Buletin Utama (TV3) MAPIM Malaysia Wujudkan Ummah Central Warehouse & Inovasi Sistem Pengurusan Bantuan Kemanusian https://www.youtube.com/watch?v=csG4QEleEi0&t=1s