Sannatasah Saniru (lahir 15 Mei 1990) ialah pemain badminton dari Malaysia. Abangnya, Vountus Indra Mawan juga bekas pemain kebangsaan Malaysia.

Kerjaya sunting

Saniru telah diterima di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 13 tahun, kemudian beliau menyertai pasukan kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2008, beliau memenangi gangsa berpasukan campuran di Kejohanan Remaja Asia dan Dunia, dan pada tahun 2009, beliau memenangi emas berpasukan wanita di Sukan Asia Tenggara. Pada tahun 2010, beliau telah dipilih untuk bertanding di Piala Uber, dan juga Sukan Asia Guangzhou.Dia meninggalkan pasukan kebangsaan pada 2013, dan mula bermain di bawah kelab badminton Suruhanjaya Perkhidamtan. Dia menyatakan dalam surat peletakan jawatannya bahawa dia tidak mendapat peluang sebanyak pemain lain untuk bersaing, dan tiada peningkatan dalam permainannya. Pada 2015, dia mengambil bahagian di Summer Universiade di Gwangju, Korea Selatan, dan memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran.

Pencapaian sunting

Cabaran/Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 5 naib juara)