Santau atau juga dikenali sebagai ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.Santau angin dengan bacaan tertentu dihembuskan ke arah musuh akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalam paru-paru.

Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan tetapi secara bersembunyi.

Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin ke arah mangsa dan dihidu masuk ke dalam paru-paru mangsa.Oleh itu,sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk disediakan dalam bentuk serbuk,kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka.Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun.

Penelitian secara ilmiah sunting

  • Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.[1]
  • Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Hal ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.[2], [3]
  • Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Hal ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh[perlu rujukan].

Antara dua ikon dalam ilmu santau di Malaysia ialah, Dr Harun Din[4] dan Dr Amran Kasimin[perlu rujukan].

Rujukan sunting

  1. ^ The way that lives in the heart: Chinese popular religion and spirit mediums ... By Jean Elizabeth DeBernardi - Google books extraction.
  2. ^ Asbestosis: A Medical Dictionary, Bibliography, And Annotated Research Guide To Internet References. San Diego, Calif: Icon Health Publications. 2004. ISBN 0-597-84339-2.
  3. ^ Use of metal cyanides - Cyanide poisoning.
  4. ^ : Perihal santau di kalangan orang Melayu.

Pautan luar sunting