Dalam sukan besbol, save (bahasa Melayu: penyelamatan), dipendekkan SV atau S, dikreditkan kepada pitcher yang menghabiskan sesebuah perlawanan untuk pasukan menang dengan keadaan bersyarat. Kebiasaannya pitcher akan memperoleh save apabila memasuki inning kesembilan perlawanan apabila pasukannya mendahului tiga larian atau kurang dan pitcher itu mengakhiri perlawanan dengan memastikan pasukannya tidak mensiakan kelebihan mendahului perlawanan atau dinyamai pasukan lawan.[1] Bilangan save atau peratusnya biasanya dilihat pada statistik relief pitcher, terutamanya peranan closer. Statistik save telah dicipta oleh wartawan Jerome Holtzman pada 1959 "untuk mengukur keberkesanan relief pitcher" dan ia diterima sebagai statistik rasmi Major League Baseball (MLB) pada 1969.[2][3] Mariano Rivera merupakan pemain mencatatkan save terbanyak sepanjang zaman di MLB dengan 652 save manakala Francisco Rodríguez memperoleh save terbanyak dalam sesebuah musim iaitu 62 save pada tahun 2008.

Mariavo Rivera, pencatat save terbanyak sepanjang zaman MLB.

Catatan sunting

  1. ^ Horneman, Tim (March 23, 2010). "Baseball Save Rules". livestrong.com. Dicapai pada August 31, 2011.
  2. ^ Weber, Bruce (July 22, 2008). "Jerome Holtzman, 82, 'Dean' of Sportswriters, Dies". The New York Times. Dicapai pada March 13, 2013.
  3. ^ Bloom, Barry (July 21, 2008). "Legendary historian Holtzman passes". MLB.com. Major League Baseball. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2011. Dicapai pada March 13, 2013.

Pautan luar sunting