Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1
Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 | |
---|---|
Alamat | Jalan Sultan Yahya Petra , Kuala Lumpur, Malaysia |
Telefon | 03-2692 9910 |
Faksimili | 03-2694 5037 |
Klasifikasi | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, SK, Sek. Keb. |
Moto | SEPAT1 Mendepani Kecemerlangan |
Web | Laman web |
Kod Sekolah | WBB0073 |
Guru Besar | Kosong |
Penolong Kanan Akademik | Puan Norsyaliza binti Fadzil |
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar | Puan Sharifah Nor Hamiza binti Syed Edrus |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Norlaili binti Mohd Shawal |
Tahun dirasmikan | Januari 1962 |
Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Semarak , Kuala Lumpur, Malaysia.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 memiliki 349 pelajar lelaki dan 269 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 618 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009
Alamat
sunting- Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1
- Jalan Sultan Yahya Petra ,
- 54100 Kuala Lumpur, Malaysia
- Tel : +603-2692 9910
- Fax: +603-2694 5037
- Email : wbb0073@moe.edu.my
Pautan luar
suntingSejarah Sekolah
suntingTemplat:Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1
Nama asal Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 ialah "The Rifle Range Road School". Ia telah ditubuhkan pada tahun 1962. Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini menumpang buat sementara di Sekolah Polis Depot.
Dengan mempunyai enam buah kelas, sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar pertama iaitu Cik Thambidurai dibantu oleh Puan Lim Kheng Hong sebagai Guru Penolong Kanan dan 6 orang guru termasuk 2 orang guru terlatih manakala selebihnya adalah guru sementara.
Murid-murid mula memakai pakaian seragam pada tahun 1966. Pada bulan ogos 1966, Cik Thambidurai telah meletakkan jawatan dan diganti oleh Puan Lim Kheng Hong.
Dalam tempoh masa yang singkat iaitu pada tahun 1968, bilangan kelas telah mencecah kepada 33 buah kelas. Dalam tahun itu juga, sekolah ini telah menerima Guru Besar yang ketiga iaitu Puan Sri Hajah Siti Zainab dan nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (Inggeris) Jalan Padang Tembak.
Pada tahun 1969, sekolah ini telah dipecahkan kepada dua pentadbiran dengan pengwujudan dua sekolah di bangunan yang sama. SRK Jalan Padang Tembak 2 lahir bergandingan bersama-sama mengembeleng mendidik anak-anak murid yang begitu pesat pertambahannya. Tugas sebagai Guru Besar di sekolah baru itu telah dipikul oleh Puan Kamariah bt. Mohd Zain. Sehingga ke hari ini, SK Padang Tembak 2 menjadi pesaing hebat untuk menggerak pencapaian murid-murid SK Padang Tembak 1 dalam apa jua bidang.
Sejarah rasmi pembukaan sekolah ini telah terukir pada tarikh 11 September 1971 yang dirasmikan oleh Dato' Hussien Onn. Semenjak dari itu, sekolah ini terus bergerak maju ke hadapan mencipta pelbagai sejarah kejayaan dan kegemilangan yang tetap menjadi sebutan dan ingatan murid-murid yang pernah berteduh di bawah bumbungnya.
Pada April 2013 sehingga 10 Februari 2015 di bawah pentadbiran Guru Besar En. Muhamad Fuad bin Omar, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 telah mengungguli pesaing hebatnya sehingga memperoleh "Anugerah Lonjakan Saujana UPSR 2013". Tidak kurang hebatnya pencapaian dalam bidang ko-kurikulum iaitu sukan sofbol. Pasukan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 amat digeruni pihak lawan apabila sering muncul sebagai juara dalam Pertandingan Sofbol MSSKL seterusnya mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat Kebangsaan. Sekolah ini juga sering menjuarai Pertandingan Tilawah Al-Quran sehingga ke peringkat Kebangsaan.
Pada Januari 2014, Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 1 dan Sekolah Kebangsaan Padang Tembak 2 telah diselaraskan kepada satu sesi pagi sahaja. Ini adalah kerana atas permintaan ibu bapa dan penjaga yang menginginkan sesi persekolahan ditukarkan kepada sesi pagi sahaja. Berikutan banyak penubuhan sekolah baru yang berdekatan dan pengurangan murid, maka tercapailah hasrat untuk sekolah ini beroperasi pada sesi pagi sahaja.
Kini datangnya seorang pentadbir yang baharu iaitu En. Abdul Rahim bin Abu. Beliau merupakan seorang Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum di SK Taman Midah 2, dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Padang Tembak 1. Encik Rahim juga telah mewujudkan Kelas Abad 21 pada 9 Disember 2015 SKPT1 telah menerima anugerah bagi tempat ketiga terbaik dari 12 buah sekolah yang menyertai dalam Anugerah PrOD 2 LBC peringkat zon Keramat.
Pada 1 Mei 2016 En. Abdul Rahim telah ditukarkan ke SK Segambut Makmur. Pada 1 Ogos 2016 datang pula seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran dari SK Desa Tun Hussien Onn iaitu Puan Siti Norma binti Abdullah ditukarkan ke sekolah ini sebagai Guru Besar yang baru.
Pada tahun 2017 SK Padang Tembak 1 telah mewujudkan kelas KAFA pada waktu persekolahan di sebelah petang yang telah diuruskan oleh ustaz dan ustazah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). Kelas KAFA berkenaan adalah di bawah SK Padang Tembak 1 yang diketuai oleh Ustazah Muhaili binti Madznan.
Puan Siti Norma binti Abdullah telah berkhidmat di SK Padang Tembak 1 selama 3 tahun sahaja kerana pada 20 Februari 2019 beliau ditukarkan ke SK Danau Kota 2. Pelbagai kemenjadian telah beliau lakukan pada SKPT1 antaranya membuat gelanggang 3 dalam 1, memperluaskan sukan tenis, olahraga, di bawah pimpinan jurulatih Encik Abas bin Kasim, membuat kolam ikan, mewujudkan 3 Gazebo di ruang istirahat SKPT1, dan menangani permasalahan banjir besar di SKPT1.
Pada bulan Mac 2019, datangnya seorang pentadbir yang baharu iaitu Puan Rohana binti Tumirin. Beliau adalah seorang Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Jalan Gurney 2 dan dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK Padang Tembak 1. Pada 31 Julai 2024, Puan Rohana binti Tumirin telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Ayer Panas dan masih tiada Guru Besar pengganti sehingga hari ini.
Dikemaskini pada : 31 Ogos 2024.