Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang

(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Tg Kupang)

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1929, bermula sebagai sekolah rakyat. Bangunan asal daripada kayu dan beratap nipah dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sawah. Guru Besar pertamanya ialah Allahyarham Tuan Haji Ishak bin Ahmad.

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG KUPANG
Lokasi
 Malaysia Kampong Tanjung Kupang,, 81560, Gelang Patah,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSEKOLAH KEBANGSAAN/KERAJAAN
MotoMAJU TEKUN USAHA
Nombor sekolah6075071151
Kod sekolahJBA1048
Pengerusi PIBGPN. NOR AFINAS BINTI ABDOL DOLAH
Guru besarPN. ROZANA BINTI RSBSNI [1]
GPK Pentadbiran dan AkademikEN. ISMAIL BIN ADINAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. ROZITA BINTI MOHD GHANI
Penolong Kanan KokurikulumEN. IBRAHIM BIN SULAIMAN
Faks6075071151
Map


Enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, kawasan sekolah ini dapat diperluaskan sehingga kira-kira dua ekar setengah kerana beberapa orang penduduk kampung mendermakan tanah mereka untuk memajukan sekolah ini. Dengan demikian, dua buah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu dapat didirikan. Dengan jumlah enam buah bilik darjah, seramai kira-kira 140 orang murid dapat ditampung untuk belajar di sekolah ini.

Menjelang tahun 1962, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, bangunan sekolah ini bertambah menjadi tiga buah bangunan dengan jumlah sembilan buah bilik darjah dan menampung kira-kira 220 orang murid.

Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Sekitar pertengahan 1990-an, SK Tanjung Kupang mula mengalami kemerosotan enrolmen muridnya berikutan dengan ramai penduduk sekitar yang telah berpindah keluar ekoran dari pengambilan tanah penduduk berkenaan bagi tujuan pembangunan, khususnya dengan kewujudan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Sebahagian penduduk juga berpindah bukan kerana tanah diambil tetapi kerana sumber pencarian mereka selaku nelayan telah terjejas kesan dari pencemaran akibat pembangunan di pantai dan persekitarannya.

Pada tahun 2015, jumlah murid keseluruhannya, termasuk kanak-kanak prasekolah hanyalah seramai 117 orang sahaja. Guru pula seramai 18 orang, dibantu oleh 3 orang kakitangan sokongan dan 5 orang pekerja swasta (pembersihan dan keselamatan). Pada tahun 2017 pula, jumlah murid keseluruhannya ialah 99 orang. Guru pula seramai 17 orang orang, dibantu oleh 3 orang kakitangan sokongan dan 5 orang pekerja swasta.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. 2009

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

ADIANUGERAHKAN NEW DEAL KERANA PENCAPAIAN UPSR CEMERLANG 2013

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang
Kampong Tanjung Kupang,
81560, Gelang Patah
Johor, Malaysia
Telefon = 6075071151
Fax = 6075071151

Pautan luar sunting