Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga, Muar

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LENGA

Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga, Muar
Lokasi
 Malaysia


Mula ditubuhkan pada 1 Januari 1970 dengan nama Sekolah Menengah Lenga, Muar dengan aliran Melayu dan Inggeris. Sekolah ini diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Fadhil, Penghulu Mukim Lenga.

Terdapat 4 buah tingkat iaitu 2 buah tingkatan 1 aliran Melayu, sebuah kelas tingkatan 1 aliran Inggeris dan sebuah kelas tingkatan peralihan. Seramai 7 orang guru bertugas dengan diketuai oleh Encik Yusof bin Ibrahim sebagai Guru Besarnya. Pada ketika itu sekolah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Lenga dan bersekolah di sebelah petang.

Pada 1 Julai 1970, sekolah ini berpindah ke tapak baru yang terletak di Felda Bt. 27 Lenga yang terdiri daripada 2 blok bangunan yang mempunyai 7 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sebuah bilik pepustakaan, sebuah blok kantin dan 2 buah rumah guru.

Pada tahun 1976, tingkatan 4 Sastera dimulakan di sekolah ini. Pada tahun 1980 bangunan sekolah ini di tambah 2 blok lagi dan bekalan elektrik diperolehi pada tahun 1985.Pada sesi persekolahan 1991/1992 kelas tingkatan 4 sains dimulakan. Sehingga kini, sekolah ini terdiri daripada 7 buah blok bangunan dan sebuah kantin.

Pada hujung tahun 2007, bangunan baru tambahan iaitu; 1 bangunan blok 4 tingkat, 1 bangunan blok 3 tingkat Makmal Sains tulen dan 1 blok Makmal Komputer telah dibina. Mulai September 2009 bangunan tersebut telah mula digunakan untuk melicinkan P&P sekolah.


SEJARAH NAMA PENGETUA

Pertama (1970 – 1980)  : Tuan Haji Yusof bin Ibrahim Kedua (1980 – 1989)  : Encik Abas bin Mohamad Ketiga (1989 – 1991)  : Tuan Haji Mokhy bin Saidon Keempat (1991 – 1993)  : Encik Mohd Yassin bin Mohd. Nor Kelima (1993 – 1994)  : Encik Saibi bin Ibrahim Keenam (1994 – 1995)  : Tuan Haji Sulaiman bin Mohd. Dom Ketujuh (1995 – 1996)  : Puan Jamilah binti Amir Kelapan (1997 – 1999)  : Encik Kamal bin Ismail Kesembilan (1999 – 2003) : Tuan Haji Abdul Kadir bin Sulaiman Kesepuluh (2003 – 2006)  : Tuan Haji Ahmad bin Othman Kesebelas (2006 – Kini)  : Tuan Haji Abu BAkar bin Mohamad