Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana
Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana atau nama ringkasnya SMK Tropicana, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Tropicana Selatan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TROPICANA | |
---|---|
Lokasi | |
TROPICANA SELATAN Malaysia Jalan Tropicana Selatan, 47301, PETALING JAYA, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | SEKOLAH MENENGAH SEKOLAHKERAJAAN |
Moto | KECEMERLANGAN BERTEKNOLOGI |
Ditubuhkan | 6 JANUARI 2002 |
Autoriti pendidikan | PETALING UTAMA |
Sesi | SEKOLAH MENENGAH SESI PAGI |
Nombor sekolah | 0378042140 |
Kod sekolah | BEA8640 |
Pengerusi PIBG | PUAN NORAINI BINTI KAMARUDIN |
Pengetua | PUAN NORLIZA BINTI MUSTAPA |
Tenaga pengajar | 59 GURU PENDIDIK |
Jumlah penuntut | 987 PELAJAR (Terkini Tahun 2023) |
Kelas | 30 |
Kelas ditawarkan | SEKOLAH BERASASKAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME
MENENGAH ATAS : ALIRAN SAINS = BIOLOGY , CHEMISTRY , PHYSICS , ADDTIONAL MATHEMATICS ALIRAN SASTERA = PRINSIP PERAKAUNAN , EKONOMI , PERNIAGAAN , PENDIDIKAN SENI VISUAL MENENGAH BAWAH : SUBJEK ELEKTIF : GEOGRAFI , REKA BENTUK TEKNOLOGI |
Bahasa pengantar | BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS |
Bahasa | BAHASA MELAYU , BAHASA INGGERIS |
Warna | HIJAU , PUTIH , MERAH , KUNING |
Slogan | KAMI TROPZ |
Lagu | Maju sekolah tercinta
Berbakti suci dan mulia Mendidik putra putri warga setia SMK Tropicana Tekun gigih dan harmoni Cipta kejayaan sejati Ke arah kecemerlangan teknologi Menjadi warga bestari Kuatkan azam dan cita Menuju wawasan hidup jaya Bertekad terus cemerlang Sekolah unggul terbilang Kami berikrar sehati Jasa pendidik disanjungi Berdisiplin bersemangat jati diri Teras cita-cita murni. |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PUAN ZURANI BINTI MOHD ZAIN |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PN HANA MARLIN BINTI ESA |
Penolong Kanan Kokurikulum | PUAN CHENG SOK FUN |
Faks | 0378042170 |
Laman sesawang | http://smktropicana.synthasite.com/ |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana memiliki 401 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 741 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009
Sejarah sunting
SMK TROPICANA , Dibuka pada 6hb januari 2002 . SMK TROPICANA adalah sekolah jenis Gred B dan pada masa itu hanya terdiri daripada 14 orang guru dan 140 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar kelas Tingkatan 1 dan Peralihan
Pencapaian sunting
SMK Tropicana telah memenangi beberapa Anugerah khas iaitu:
1) Anugerah Makmal Sains Terbaik (Menengah) Sempena Majlis Anugerah Kualiti dan Tokoh Guru Tahun 2012
2) Sijil Tanpa Teguran (Baik) bagi Pengauditan Tahun 2012
3) Sijil Tanpa Teguran (Baik) bagi Pengauditan Tahun 2013
4) Tawaran Baru (New Deals) Pengetua 2013
5) Tawaran Baru (New Deals) Pengetua 2014
6) Anugerah Keputusan SPM Cemerlang 2014 peringkat kebangsaan (di antara 20 buah sekolah yang mendapat keputusan cemerlang di Malaysia)
7) SMK Tropicana mendapat tempat ke-14 terbaik dalam keputusan SPM 2014 di daerah Petaling Utama
8) SMK Tropicana berjaya dipilih untuk menerima Anugerah Bangunan Ceria dan sejumlah RM7000 dalam Majlis Bangunan Ceria 2014 oleh MBPJ di Dewan Banquet, Dewan Sivik MBPJ pada 19hb Disember 2014.
9) Anugerah Pengurusan PRS Kreatif Peringkat PPD
11) Johan Anugerah Bilik Operasi SPBT Sekolah Menengah
12) Tempat ke-2 Anugerah PMR - Lonjakan GPS
13) Anugerah Bangunan Ceria dan sejumlah RM7000 dalam Majlis Bangunan Ceria 2014 yang dianjurkan oleh MBPJ pada 19hb Disember 2014
14) Lonjakan Saujana SPM 2016
15) SMK Tropicana terpilih ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Mural anjuran PLUS 2016 dan memenangi hadiah sejumlah RM3000.
15) Anugerah Johan Pertandingan Kitar Semula anjuran MBPJ 2018
Alamat sunting
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tropicana
- Jalan Tropicana Selatan
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 378042140
- Fax = 378042170