Sekolah Menengah Sains Alor Gajah

Sekolah Menengah Sains Alor Gajah,nama ringkasnya (SAGA) , merupakan sebuah Sekolah Menengah Sains yang terletak di Masjid Tanah daerah Alor Gajah negeri Melaka. Sekolah Berasrama Penuh Pertama di daerah Alor Gajah.

Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka
5cmpx
5cmpx
Lokasi
Masjid Tanah, 76300, Alor Gajah, Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh
MotoBeriman, Berilmu, Berjasa
Nombor sekolah+6063533548
Kod sekolahMEA0103
PengetuaEn. Shafian bin Ishak
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zulindawati binti Mohd Jais
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridKosong
Penolong Kanan KokurikulumEn. Ahmad Rizal Bin Aziz
Laman sesawang


Majlis Penyerahan Pembinaan Projek Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato' Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi pada 15 Mac 2023.[1]

Sejarah sunting

Sekolah ini telah dibina di atas tanah seluas 37 ekar. Sekolah ini boleh menampung seramai 376 orang murid lelaki dan 376 orang murid perempuan. Tarikh milikan tapak sekolah pada 6 Oktober 2017 melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 58, 777, 989.21 oleh Syarikat Primudi Sdn Bhd dan telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2023. Tarikh tubuh sekolah adalah pada 21 Mac 2023.

Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada 8 Mei 2023 (Isnin). Seramai 16 orang guru dan 6 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) bertugas di sekolah ini. Anak-anak pertama seramai 76 orang murid lelaki dan 79 orang murid perempuan telah mendaftar pada 6 Jun 2023. Bilangan guru-guru yang berkhidmat di sekolah ini juga akan bertambah seiring dengan pertambahan bilangan murid-murid pada masa akan datang.

Pembinaan sekolah ini melibatkan 25 bilik darjah dan lain-lain kemudahan seperti :

I. Blok Pendidikan (Pentadbiran, Akademik, Makmal dan Bengkel).
II. Blok Dewan Serbaguna
III. Blok Kantin
IV. Blok Surau
V. Blok Asrama Lelaki dan Perempuan
VI. Blok Dewan Makan
VII. Kuaters Guru Kelas C dan D
VIII. Pondok Pengawal
IX. Garaj Bas
X. TNB Sub-Station


MURID SKDAM YANG BERJAYA MASUK KE SAGA sunting

2023 - Aimi Sarah binti Mod Syahmi

2024 - Muhammad Naqib Rayyan bin Azua

Alamat sunting

Sekolah Menengah Sains Alor Gajah
Jalan Masjid Tanah/Sg Udang
Masjid Tanah
76300, Alor Gajah,
Melaka,Malaysia
Telefon: 06-353 3548
E-mel: mea0103@moe.edu.my
E-mel Rasmi Pengetua: pengetua.saga@moe.gov.my

Rujukan sunting

Pautan luar sunting