Sembilan Busur ialah nama yang digunakan di zaman Mesir Purba yang merujuk kepada musuh-musuh negeri Mesir. Kaum-kaum yang ada dalam gelaran ini berubah ansur dan tiada sebarang senarai yang mengatakan siapa sahaja Sembilan Busur ini.[1] Apabila Sembilan Busur digambarkan sebagai manusia, mereka biasanya berpakaian lain dari satu sama lain kerana mereka mewakili musuh-musuh yang berbeza.

Sfinks Gangsa Thutmose III, menggambarkan sang firaun meniarap di atas Sembilan Busur. Bahagian hadapan artifak ini menggunakan burung rapang Rekhyt untuk katakan: "segala orang beri sanjung", menggunakan hieroglif, nb, bermaksud segala, burung rapang, bermaksud orang, dan bintang, bermaksud sanjung; (ia seperti teka-teki bunyi). Tiang Djed yang lambangkan "Kekuasaan" ada di sisinya.

Firaun DjoserSunting

Gambaran sembilan busur antara yang tertua ada digambarkan pada patung Firaun Djoser yang duduk–di mana kakinya terletak di atas sebahagian sembilan busur, yang mewakili jiran Nubia mereka di selatan.[2] Burung Rekhyt (rapang) biasanya terkait dengan ikonografi tersebut, dengan ungkapan: "segala orang beri sanjung".

Makam TutankhamunSunting

Firaun Tutankhamun mempunyai lukisan Sembilan Busur dengan gambaran kesembilan-sembilan musuh asing. Makam baginda ditutup dengan tali berpintal, dan tali tersebut diperkukuhkan dengan lak tanah liat. Lak itu ada gambar Anubis, dalam bentuk jakal, di atas senarai Sembilan musuh yang panjang mengufuk.

RujukanSunting

BibliografiSunting

  • Kevin A. Wilson (2005). The Campaign of Pharaoh Shoshenq I Into Palestine. Mohr Siebeck.