Senarai watak Nessmania

Ini merupakan senarai watak dalam siri animasi Nessmania.

Watak Utama sunting

  • Yasin (Wildan Adni Abdullah):
    • Yasin atau nama penuhnya Yasin bin Julaihi merupakan anak kepada perisikan ternama. Kakaknya merupakan pengurus N.T.A (Nessmania Tractical Agency) yang menawarkan kepada adiknya Yasin kerana Yasin ingin menjadi seorang perisik dari kecil dan mengikut jejak ayahnya sebagai perisikan terkenal.
  • Amir (Muhammad Ramdhan):
    • Faizul Amir bin Saifuddien atau Amir merupakan rakan kepada Yasin sejak kecil lagi. Amir bercita-cita ingin menjadi seorang penyiasat kerana bapanya merupakan seorang polis yang ternama di bandar Sarikeijaya. Walaupun begitu Amir terpaksa kehilangan bapanya kerana mati ditembak.
  • Syah (Raymond Kanyan Guang):
    • Syahrizal bin Sufian atau nama lahirnya Josius Marcellus Clay atau Syah merupakan rakan kepada Yasin dan Amir. Yasin memanggilnya dengan nama Mark kerana nama tersebut merupakan nama panggilan dalam keluarga. Syah ingin menjadi perisikan seperti rakannya kerana baginya amat mudah.
  • Emsyar (Muhammad Emsyar):
    • Emsyar bin Erial atau Emsyar merupakan rakan kepada kakak Yasin yang bernasib seperti Yasin. Yasin memanggilnya dengan nama Yen kerana itulah nama seharian Emsyar. Emsyar bercita-cita seperti Yasin ingin menjadi seorang perisikan.