Sendi lesung (atau sendi sferoid, bahasa Inggeris: ball-and-socket joint) adalah sejenis sendi sinovia di mana bertemunya permukaan cembung ("antan") dari sebatang tulang dengan permukaan cekung ("lesung") dari satu lagi tulang. Tulang distal (memucuk) mampu bergerak-gerak di sekeliling berbilang paksi yang berkongsi satu pusat. Ini membolehkan sendi bergerak ke pelbagai arah.

Sendi lesung
1: Sendi lesung; 2: Sendi kondil (elipsoid); 3: Sendi pelana; 4 Sendi engsel; 5: Sendi pangsi;
Kapsul sendi bahu (terkembang). Pandangan anterior.
Pengenalpastian
TAA03.0.00.050
FMAFMA:75301
Terminologi anatomi

Enartrosis (enarthrosis) adalah sejenis sendi sferoid khas di mana "lesung" mencakupi lebih separuh daripada permukaan "antan".[1]

Contoh sunting

Antara contoh sendi ini termasuk:

Rujukan sunting

Artikel ini menggabungkan teks di dalam domain awam daripada page 287 of edisi ke-20 Gray's Anatomy (1918)

  1. ^ Platzer, Werner (2008) Color Atlas of Human Anatomy, Volume 1, p.28
  2. ^ Introduction to Joints: Synovial Joints - Ball and Socket Joints Diarkibkan 2011-07-20 di Wayback Machine

Pautan luar sunting