Seni Matematik Islam

Seni Matematik Islam: Generasi Genius ialah buku oleh remaja genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani.[1] Buku ini memuatkan kaedah dan cara bagaimana Adi Putra menggunakan konsep alam dan ilmu al-Quran dalam rumusan matematik beliau.[2]

Seni Matematik Islam: Generasi Genius
Umum
PengarangAdi Putra Abdul Ghani
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
SubjekMatematik
Penerbitan
PenerbitAdi Genius Matematika
Tarikh penerbitan
2011
Jenis media
Cetakan (sampul kertas)
Halaman247
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789671039106

Ringkasan sunting

Seni Matematik Islam ialah buku sulung yang ditulis oleh Adi Putra dan diterbitkan oleh Adi Genius Matematika. Buku ini dilancarkan pada 2 Mei 2011 sempena Pesta Pameran Buku Antarabangsa 2011 dan mencatat jualan sebanyak 3,000 unit sejak mula dijual. Ia memuatkan 12 daripada 235 formula matematik yang dicipta oleh Adi Putra.[1] Beliau menyatakan: "Saya menulis buku ini selama sebulan, formula matematik yang saya cipta memudahkan kanak-kanak atau orang dewasa untuk mempelajari matematik".[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c BERNAMA (2 Mei 2011). "Buku 'Seni Matematik Islam' Adi Putra Dilancar". mSTAR Online. Dicapai pada 17 November 2019.
  2. ^ Aminuddin Mohsin (2 Mei 2011). "Wonderkid Adi Putra lives a life under glare of expectations". The Star Online. Dicapai pada 17 November 2011.

Pautan luar sunting