Sentimen anti-Korea

Sentimen anti-Korea (Jawi: سينتيمن انتي-كوريا) melibatkan kebencian atau ketidaksukaan yang ditujukan kepada orang Korea, budaya atau salah satu daripada dua negeri (Korea Utara atau Korea Selatan) di Semenanjung Korea.

Asal usul sunting

Sentimen anti-Korea wujud di China,[1] Jepun, malah di kedua-dua Korea, dan berpunca daripada isu seperti nasionalisme, politik, persaingan ekonomi, pengaruh budaya dan pertikaian sejarah. Sentimen anti-Korea Utara mungkin yang paling kuat di Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Sejarah sunting

Di China, ia hanya menjadi terkenal baru-baru ini, disebabkan isu seperti larian obor Sukan Olimpik Musim Panas 2008; yang telah terkumpul bersama dengan isu-isu lain selama ini.

Di Jepun, kebencian moden terhadap Korea Utara dan Selatan boleh dilihat sebagai satu bentuk isu politik dan sejarah; isu-isu ini dipertingkatkan oleh penculikan warga Jepun oleh Korea Utara dan pertikaian Liancourt Rocks oleh Korea Selatan.

Di Korea, ketidakpercayaan antara kedua-dua negeri telah wujud sejak tamatnya Perang Korea; dengan maklumat terawal bertarikh dari Konflik DMZ Korea pada tahun 1960-an.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting