Sentimeter padu

isipadu

Sentimeter padu (simbol cm3—kependekan cc, walaupun masih digunakan secara meluas, semakin berkurangan) merupakan satu unit isipadu yang lazim digunakan hasil daripada terbitan Unit SI iaitu meter padu serta terhasil daripada isipadu sebuah kubus berukuran 1×1×1 cm. Satu sentimeter padu bersamaan dengan ​11,000,000 meter padu, ataupun ​11000 liter, ataupun satu mililiter; oleh itu, 1 cm3 ≡ 1 ml. Jisim bagi satu sentimeter padu air pada 3.98 °C (suhu di mana ia mencapai tahap ketumpatan maksimum secara kasarnya menghampiri 1 gram.

Dalam kebanyakan bidang sains, penggunaan sentimeter padu telah digantikan dengan mililiter. Bidang perubatan dan automotif merupakan antara bidang yang digunakan di Amerika Syarikat. Di United Kingdom mililiter lebih banyak digunakan daripada sentimeter padu dalam bidang perubatan tetapi tidak dalam bidang automotif. Kebanyakan negara penutur Bahasa Inggeris yang lain turut mengikut jejak langkah UK, tetapi penggunaan sentimeter padu tetap meluas di mana-mana.

Baru-baru ini terdapat satu pergerakan dalam bidang perubatan yang mahu memansuhkan penggunaan cc dalam preskripsi perubatan serta pada dokumen perubatan, memandangkan ia boleh tersalah baca sebagai "00" jika tulisan cakar ayam digunakan, yang boleh membawa kepada pemberian dos ubat-ubatan yang berlebihan, dan ada kalanya boleh membawa maut. Di Amerika Syarikat, kekeliruan akibat penggunaan "cc" berbanding "ml" menyumbang kepada 12.6% daripada kesemua ralat yang berkaitan dengan perubatan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Brunetti, Luigi; Santell, John; Hicks, Rodney (September 2007), Stevenson, James (penyunting), "The Impact of Abbreviations on Patient Safety" (PDF), The Joint Commission Journal on Quality and Patient Safety, 33 (9): 8, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-11, dicapai pada 2009-07-20