Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah suatu sesi bagi menangani isu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang berlaku sejak Februari 2022. Sesi tersebut diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar raya New York, Amerika Syarikat[1] dan dibuka pada 28 Februari 2022.[2] Ia ditangguhkan buat sementara pada 2 Mac, yang diikuti dengan penerimaan Ketetapan PBB ES-11/1.[3] Sesi tersebut bersidang semula pada 23 dan 24 Mac untuk menerima pakai Ketetapan PBB ES-11/2 dan pada 7 April untuk menerima pakai Ketetapan PBB ES-11/3, yang menggantung keanggotaan Persekutuan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia.[4]

Sesi khas kecemasan kesebelas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
سيسي خاص کچمسن کسبلس ڤرهيمڤونن اݢوڠ ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو
Dewan Perhimpunan Agung PBB
Tarikh28 Februari 2022 hingga kini
TempatIbu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bandar rayaBandaraya New York, Amerika Syarikat
PesertaNegara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tapak webwww.un.org/en/ga/sessions/emergency11th.shtml

Rujukan sunting

  1. ^ "UNGA President to preside over 11th emergency special session of General Assembly in New York". www.devdiscourse.com (dalam bahasa Inggeris). 28 Februari 2022. Dicapai pada 28 Februari 2022.
  2. ^ Nichols, Michelle (27 Februari 2022). "U.N. Security Council calls rare General Assembly session on Ukraine". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Februari 2022.
  3. ^ "UN votes to condemn Russia's invasion of Ukraine and calls for withdrawal". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2 Mac 2022.
  4. ^ "UN General Assembly votes to suspend Russia from the Human Rights Council" (dalam bahasa Inggeris). UN News. 7 April 2022.

Pautan luar sunting