Shanmugam Murugesu

Shanmugam "Sam" Murugesu ( Tamil ) (c.1967 – 13 Mei 2005) merupakan Juara Ski Jet Kebangsaan Singapura pada tahun 1995. Pada tahun 2005, dia telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membawa ganja ke Singapura dari Malaysia.

Biografi sunting

Pada usia mudanya, Sam telah berkhidmat dalam Tentera Singapura selama 8 tahun. Dia tidak meneruskan perkhidmatannya apabila dia terlibata dalam sebuah kemalangan kereta kebal yang menyebabkan beliau kehilangan jawatannya di sana. Dia kemudian beralih minat untuk sukan air, dan berjaya menjadi juara untuk sukan Ski Jet Kebangsaan Singapura. Beliau seterusnya mewakili Singapura di IJSBA World Finals 1995 di Lake Havasu City, Amerika Syarikat. Malangnya, kakinya telah patah apabila jet skinya dirempuh oleh seorang pesaing lain. Dia tidak mengejar minat sukan ski selepas itu kerana keinginannya untuk menyara keluarganya lebih diutamakan daripada perlumbaan. Dia juga pernah mengalami kecederaan parah di tangan semasa bekerja sebagai mekanik. Kecintaannya kepada lautan mendorongnya untuk mengajar pelayaran dan bekerja untuk Majlis Sukan Singapura selama empat tahun. Dia juga bekerja sebagai pemandu teksi dan pembersih tingkap. [1]

Pada tahun 2003, Shanmugam telah ditangkap semasa melintasi sempadan Singapura/Malaysia sambil membawa 1.03 kg (2.2 lbs) ganja dengannya.

Shanmugam diwakili oleh peguam M Ravi semasa perbicaraannya. [2] Walaubagaimanapun, dia telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah pada 29 April tahun 2004.

Sebuah rayuan pengampunan telah diserahkan kepada presiden Singapura pada masa itu, Tony Tan, akan tegapi rayuan tersebut telah ditolak. [3]

Sebuah [ermohonan terakhir untuk menangguhkan hukuman mati Shanmugam juga telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi. [4] Shanmugam dihukum gantung pada 13 Mei 2005. [1] [5]

Kematiannya telah memberi inspirasi kepada pengarah artistik Benny Lim untuk memainkan drama eksperimen dengan 1 orang pelakon sahaja yang bertajuk Humans Lefts, untuk membincangkan isu sosial hukuman mati. [5]

Kehidupan peribadi sunting

Shanmugam telah bercerai dan mempunyai dua anak kembar. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Aglionby, John (8 May 2005). "Singapore finally finds a voice in death row protest". The Guardian. Dicapai pada 8 December 2019.
  2. ^ "UN plea for man on death row?". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). 11 May 2005. m/s. 6. Dicapai pada 3 August 2022.
  3. ^ "Trafficker's clemency plea rejected". The Straits Times. 14 May 2005.
  4. ^ "Drug trafficker Shanmugam hanged". The Straits Times. 14 May 2005.
  5. ^ a b Chew, David (29 November 2005). "Staging death". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa Inggeris). m/s. 32. Dicapai pada 2022-08-03.

Pautan luar sunting