Buka menu utama

Wikipedia β

Simpang Durian adalah sebuah pekan di dalam daerah Jelebu Negeri Sembilan. Pekan ini berhampiran dengan Simpang Pelangai dan Durian Tipus. Pokok kelapa sawit banyak ditanam di kawasan ini terutama diladang-ladang Felda dan Felcra. Sungai utamanya ialah Sungai Triang . Pekan ini terletak dalam mukim Triang Hilir . Antara kampung yang berdekatan dengan pekan ini ialah Kampung Mentaus, Kampung Juntai, Kampung Sungai Buluh , Kampung Jerang, Kampung Bemban , Kampung Sabun , Kampung Seredai, Kampung Rangoi, Kampung Lakai, Kampung Putra. Terdapat banyak jalan yang bolih digunakan untuk ke Kuala Lumpur. Jarak perjalanan Simpang Durian ke Kuala Lumpur melalui Karak dengan menggunakan Lebuhraya Karak Kuala Lumpur cuma 130km. Demikian juga jika kita mengambil jalan melalui Genting Peras pun lebihkurang 130km. Dalam deraf Rancangan Struktur Negeri Sembilang menjelang 2045 sebuah jalan baru akan dibina menghubungkan Simpang Durian-Titi-Lenggeng dan juga Simpang Durian-Teriang di Pahang.

Pekan BerhampiranSunting