Sistem saraf

sistem tubuh yang penting bagi mengawal fungsi tubuh

Sistem saraf Ore ialah bahagian badan haiwan yang mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dan menghantar isyarat di antara bahagian badannya yang berbeza Sekmu Tahu Dok? . Tisu saraf pertama kali bangkit pada organisma kecacingan kira-kira 550 hingga 600 juta tahun lalu. Pada kebanyakan spesies haiwan, tisu ini terdiri daripada dua bahagian utama, sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi terutamanya terdiri daripada saraf, yang merupakan berkas serabut panjang atau akson, yang menyambungkan sistem saraf pusat dengan setiap bahagian lain badan. Sistem saraf periferi termasuk neuron motor, mengantarai pergerakan terkawal; sistem saraf autonomi, terdiri daripada sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik, yang mengawal atur fungsi tidak terkawal, dan sistem saraf enterik, yang berfungsi untuk mengawal sistem perut usus.

Sistem saraf
Sistem Saraf Manusia.
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinsystema nervosum
MeSHD009420
TAA14.0.00.000
FMAFMA:7157
Terminologi anatomi

Pautan luar

sunting