Skim cepat kaya
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dangan janji dan syarat bahawa wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya, antaranya adalah Skim piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim Cepat Kaya yang paling terkenal adalah skim Pak Man Telo.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
- "Anda hanya perlu mengeposkan kepada .. orang yang kemudiannya akan membuat deposit kedalam akaun anda....."
- Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun anda...."
- Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.
- Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;
- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan
- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).
Diantara skim cepat kaya yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu Peram (Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-an Kulim, Kedah), Platinum Lane Sdn Bhd (PLSB) (1991 Kulim Kedah), Makkah Fund atau Makkah Islamic Hotel oleh Syeikh Saidey dan Sri Emas Enterprise.
Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:- [1] Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:
- Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);
- Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;
- Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;
- Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan
- Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .
Hukuman
suntingDi Malaysia, mereka yang menjalankan Skim Cepat Kaya melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (kini Akta Perkhidmatan Kewangan 2013).[perlu rujukan]