Solenoid merupakan wayar yang dililit ketat menjadi suatu heliks atau gelung. Dalam konteks fizik pula, ia merujuk kepada wayar yang panjangnya diukur melebihi diameternya, dililit mengelilingi suatu teras berlogam menghasilkan suatu medan magnet yang seragam dalam suatu isipadu ruang apabila arus elektrik dialirkan melaluinya.

Gambaran solenoid wayar

Ia merupakan sejenis elektromagnet yang bertujuan menghasilkan medan magnet yang terkawal. Sekiranya gelungan tersebut bertujuan menghadang perubahan dalam arus elektrik, maka ia lebih boleh dikelaskan secara terperincinya sebagai suatu peraruh.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting