Sophie d'Artois

puteri Perancis abad ke-18

Puteri Sophie d'Artois (5 Ogos 1776 – 5 Disember 1783) merupakan seorang puteri Perancis dari Kerabat Bourbon.

Puteri Sophie
Sophiedebourbon1783.jpg
Puteri Sophie kira-kira 1776-1777
Keputeraan(1776-08-05)5 Ogos 1776
Istana Versailles, Perancis
Kemangkatan5 Disember 1783(1783-12-05) (umur 7)
Istana Versailles, Perancis
AyahandaRaja Charles Philippe de France
BondaPuteri Maria Theresa dari Savoy

BiografiSunting

Puteri Sophie d'Artois diputerakan di Istana Versailles ketika waktu pemerintahan ayahanda saudara sebelah ayahanda baginda, Raja Louis XVI. Ayahanda baginda ialah Raja Charles Philippe de France, juga dikenali sebagai comte d'Artois. Bonda baginda ialah Puteri Maria Theresa dari Savoy, puteri ketiga kepada Raja Victor Amadeus III dari Sardinia dan Permaisuri Maria Antonietta dari Sepanyol.

Baginda dikenali sebagai Mademoiselle – satu gelaran yang sangat unggul yang diberi kepada puteri sulung yang belum berkahwin di istana Versailles. Puteri Sophie juga digelar Mademoiselle d’Angoulême dan Mademoiselle d'Artois – yang pertama mencerminkan Duke Angoulême yang merupakan gelaran kakanda baginda Raja Louis Antoine d'Artois. Artois disusungalurkan daripada Appanage ayahanda baginda dari County Artois.

Ayahanda baginda, sebagai putera kepada Dauphin Perancis, memegang darjat Cucunda Perancis. Raja Louis XVI bertitah mengisytiharkan puteri buah baginda dan kakanda dan adinda baginda akan dipandang sebagai Cucunda Perancis walaupun tidak diputerakan kepada seorang Raja atau Dauphin Perancis. Darjat Cucunda ini, yang sebaik sahaja diikuti Anakanda Perancis membenarkan Puteri Sophie kepada gelaran Yang Amat Mulia namun baginda sering dikenali sebagai Mademoiselle.

Puteri Sophie mangkat di Istana Versailles pada usia tujuh tahun. Baginda dimakamkan di Basilika Diraja Saint Denis di luar Paris, tempat pemakaman tradisional kerabat diraja Bourbon. Portret Puteri Sophie dan kerabat baginda wujud di Versailles, salah satu daripadanya ialah karya Élisabeth-Louise Vigée-Le Brun yang terkenal.

Leluhur dirajaSunting

Gelaran, kurniaan dan jataSunting

GelaranSunting

  • 5 Ogos 1776 – 5 Disember 1783 Mademoiselle[1]

RujukanSunting

  1. ^ http://www.heraldica.org/topics/france/frroyal.htm#sang Style of HSH and further information on Princes of the Blood – Other princes of the blood were only entitled to Most Serene Highness (Altesse Sérénissime) from 1651 to 1824, when they received the style of Royal Highness.

Lihat jugaSunting

Templat:Puteri Perancis (Kerabat Bourbon) Templat:Kerabat Bourbon (Perancis)