Spica (kumpulan muzik)

Kumpulan muzik perempuan dari Korea Selatan
(Dilencongkan dari Spica (Kumpulan muzik))

Spica adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Ia dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Kim Boa, Park Sihyun, Park Narae, Yang Jiwon dam Kim Bohyung. Kumpulan ini mengeluarkan single pertama mereka berjudul "Doggedly" pada tarikh 31 Januari 2012.

Spica
Spica (band) on Sep 27, 2013.jpg
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-Pop
Tahun aktif2012-2017
Syarikat rakaman
B2M Entertainment
ASA Music LLC
Pengkarya berkait
Spica.S
AhliKim Boa
Park Sihyun
Park Narae
Yang Jiwon
Kim Bohyung

SejarahSunting

2012: "Doggedly", Russian Roulette dan LonelySunting

Pada awal tahun 2012, B2M Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan debut sekumpulan gadis penyanyi.[1] Nama mereka adalah merujuk kepada Spica, bintang paling terang dalam buruj Virgo. Pada 10 Jan 2012, kumpulan ini mengeluarkan digital tunggal pertama mereka "Doggedly" (독하게; juga diterjemah sebagai "Berkesan"). Video Muzik tersebut mencetuskan minat yang tinggi, ketika rakan label mereka - Mate Lee Hyori membuat kemunculan.[2][3]

Pada 31 Januari, B2M Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membuat kemunculan rasmi mereka dengan mini album berjudul Russian Roulette. Video muzik panjang penuh telah dibebaskan pada 7 Februari.[4] Promosi bagi "Russian Roulette" bermula dua hari berikutnya di M! Countdown.[5] Lirik lagu tersebut kemudiannya diubah untuk memenuhi piwaian badan penyiaran "Munhwa Broadcasting Corporation" -MBC.[6] Kumpulan tersebut membebaskan album lebih panjang dipaket semula berjudul Painkiller pada 29 Mac, mempromosi judul trek dengan nama yang sama.[7]

Spica kembali dengan EP Kedua mereka berjudul Lonely pada 21 November, mempromosi tajuk trek dengan nama yang sama.[8] Mereka sekali lagi berkerjasama dengan Sweetune, yang turut menghasilkan "Russian Roulette". Kumpulan ini pertama kali mempromosi lagu pada Music Bank pada 23 November, dan mengadakan "persembahan selamat tinggal" pada 6 Januar pada Inkigayo. Lagu lain dalam album adalah "Bersama Awak", ditulis oleh Kim Boa, "Malam Itu" (그날 밤), ditulis oleh Kim Bohyung, dan "Sejak Awak Keluar Dari Hidup Saya".[9] Album tersebut memuncak pada kedudukan ke-8 di carta album mingguan Gaon,[10] dengan jualan sebanyak 2,113 salinan fizikal.[11]

AlbumSunting

  • Russian Roulette (2012)
  • Lonely (2012)

SingleSunting

  • Doggedly (2012)
  • I It Be There (2012)
  • Potently (2012)
  • Tonight (2013)
  • You Don't Love Me (2014)
  • Give Your Love (2014)
  • I Did It (2014)

Program hiburanSunting

  • Weekly Idol (2013)
  • Lee Hyori X Unnie (2013)
  • Beauty Show (2012)
  • Seo In Yeong's Star (2014)

PenghargaanSunting

  • Best New Female Artist (2012)

Pautan luarSunting

  1. ^ 이효리 소속사, 신예 5인조 걸그룹 스피카 공개. Naver (January 2, 2012). Retrieved on March 23, 2012.
  2. ^ Lee, Nancy (January 10, 2012). "Spica Music Video Starring Lee Hyori Released". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada February 7, 2015.
  3. ^ 열애중 이효리, 그 치명적 매력 어디갈까. OSEN (3 Januari 2012). Dicapai pada 23 Mac 2012.
  4. ^ 열애중 이효리, 그 치명적 매력 어디갈까. OSEN (3 Januari 2012). Dicapai pada 23 Mac 2012.
  5. ^ SPICA makes their debut with “Russian Roulette” on ‘M! Countdown’!. allkpop (9 Februari 2012). Dicapai pada 23 Mac 2012.
  6. ^ "SPICA to Alter Lyrics of "Russian Roulette"". Soompi. Dicapai pada 11 July 2014.
  7. ^ [스피카] 2012.03.29 ::Painkiller:: 1st mini album repackage release. Twitter (March 19, 2012). Retrieved on March 23, 2012.
  8. ^ Hong, Grace Danbi (November 21, 2012). "[Video] Spica is So Very Lonely in New MV". enewsWorld. Mwave. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-26. Dicapai pada November 4, 2014.
  9. ^ "Lonely". Naver Music (dalam bahasa Korean). Naver. Dicapai pada November 4, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "2012년 48주차 Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada November 4, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "2012년 11월 Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Dicapai pada November 4, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)