Stadium Sultan Abdul Halim

Latar Belakang sunting

Stadium Sultan Abdul Halim dibina pada tahun 2002 di atas kawasan seluas 9.2 hektar dengan kos sebanyak 10 juta. Stadium tertutup ini mempunyai kasiti penonton sebanyak 4,682 dengan kesemuanya berkerusi. Pengurusan dan pentadbiran stadium tersebut di letakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK). Stadium ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Pada 1 Januari 2004, Stadium Sultan Abdul Halim telah diambil alih oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd. Stadium ini telah digunakan sebagai venue untuk acara gimnastik dan gimrama semasa panganjuran SUKMA XI yang diadakan di negeri Kedah pada 28 Mei 2006 hingga 6 Jun 2006.

Pada 30 Ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Stadium Sultan Abdul Halim adalah antara venue-venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Pentadbiran Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah telah menempatkan 2 (dua) orang petugas dan seorang penyelia yang bertanggungjawab untuk melancarkan keseluruhan operasi serta menjaga kebersihan dan keselamatan di stadium tersebut.

Kemudahan sunting

Stadium ini menyediakan kemudahan-kemudahan stadium tertutup, padang bola sepak, bilik persalinan, bilik rehat VVIP, bilik mesyuarat, gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang ping pong, gelanggang futsal dan gelanggang street soccer. Kemudahan tersebut disediakan dengan kadar sewa yang berpatutan.

Aktiviti sunting

Sumber Pendapatan stadium adalah daripada hasil penyewaan gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang ping pong, gelanggang futsal dan gelanggang street soccer yang sewa pada setiap hari selain daripada hasil penyewaan stadium tersebut yang melibatkan acara yang besar dan gemilang.