Stesen MRT Canberra

Stesen MRT Canberra (NS12) merupakan stesen bertingkat Sistem Pengangkutan Gerak Cepat yang terletak pada Laluan MRT Utara Selatan di Sembawang.[1]

Stesen MRT ini memberi khidmat kepada para penduduk estet-estet berdekatan seperti Sembawang Springs, dan juga untuk pembangunan kediaman awam dan swasta pada masa akan datang. Ia juga stesen MRT kedua di Singapura selepas stesen Dover yang dibina di atas landasan kereta api sedia ada dan dinaikkan dengan platform sisian.[2] Stesen di Canberra Link ini dibuka pada 2 November 2019 dan mempunyai capaian OKU.

Sejarah sunting

Buah fikiran di sebalik stesen MRT Canberra dikatakan bahawa pembangunan stesen ini ditangguhkan kerana kawasan persekitaran masih belum dibangunkan. Walau bagaimanapun, idea itu diteruskan dan dalam proses perancangan.

Pada 17 Januari 2013, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan untuk membina satu stesen di antara Sembawang dan Yishun.[3]

Pada 27 Jun 2014, Menteri Pengangkutan, Lui Tuck Yew mengumumkan kajian tersebut telah selesai dan stesen Canberra akan dibina.[4]

Pada 1 Ogos 2014, pembinaan stesen itu akan mula dijalankan pada pertengahan tahun 2015 dan ia dijangka siap pada 2019.[2]

Pada 27 April 2015, LTA mengumumkan pembinaan akan dimulakan dengan China State Construction Engineering Corporation (Singapura) diberi kontrak bernilai $90 juta.[5]

Tataletak stesen sunting

L2 Platform sisian, pintu akan dibuka di sebelah kiri

Platform A Laluan Utara Selatan (dalam pembinaan) ke arah  NS1  EW24  Jurong East melalui  NS11  Sembawang (→)
Platform B Laluan MRT Utara Selatan (dalam pembinaan) ke arah  NS28  Marina South Pier melalui  NS13  Yishun (←)
Platform sisian, pintu akan dibuka di sebelah kiri
L1 Ruang Legar NSL
Pintu Tambang, Mesin Tiket, Kawalan Stesen
Aras Jalan

Rujukan sunting

  1. ^ "New MRT station to be built between Yishun and Sembawang". Channel NewsAsia. 27 June 2014. Dicapai pada 1 August 2014.
  2. ^ a b "New Addition to North-South Line: Canberra Station". Land Transport Authority. 1 August 2014.
  3. ^ "Two New Rail Lines And Three New Extensions To Expand Rail Network By 2030". Land Transport Authority. 17 January 2013. Dicapai pada 1 August 2014.
  4. ^ "New MRT station for North-South Line: Canberra". The Straits Times. 27 June 2014. Dicapai pada 1 August 2014.
  5. ^ "Contract to build new Canberra MRT station on N-S Line awarded for $90 million". The Straits Times. 27 April 2015. Dicapai pada 28 April 2015.

Pautan Luar sunting

  1. (Inggeris) https://www.lta.gov.sg/content/ltagov/en/getting_around/public_transport/rail_network.html