Sukan Asia 2002, juga dikenali sebagai Sukan Asia XIV ialah acara sukan yang berlangsung di Busan, Korea Selatan bermula 29 September sehingga 14 Oktober 2002. Busan merupakan bandar kedua di Korea Selatan selepas Seoul pada tahun 1986 untuk menjadi tuan rumah acara sukan ini. Sejumlah 419 acara dalam 38 sukan dipertandingkan dengan 7,711 atlet dari 44 negara mengambil bahagian.[1] Acara sukan ini juga berlangsung di bandar berdekatan: Ulsan, Changwon, Masan dan Yangsan.[2]

Sukan Asia XIV
Bandar tuan rumahBusan, Korea Selatan
Cogan kataWawasan Baru, Asia Baru
(bahasa Inggeris: "New Vision, New Asia")
Penyertaan negara44
Penyertaan atlet7,711
Acara419 dalam 38 sukan
Upacara pembukaan29 September
Upacara penutupan14 Oktober
Pembukaan dirasmikan olehKim Dae-jung
Pembaca ikrar atletMoon Dae-Sung
Penyala oborHa Hyung-Joo, Kye Sun-Hui
Stadium utamaStadium Utama Busan Asiad

Negara bertanding

sunting

Kesemua 44 ahli Majlis Olimpik Asia (OCA) bersama 7,711 atlet mengambil bahagian dalam acara sukan ini. Timor-Leste mengambil bahagian buat kali pertama sejak kemerdekaan negara ini dan Afghanistan kembali mengambil bahagian sejak Taliban mengambil alih kuasa.[3] Berikut merupakan senarai negara yang mengambil bahagian.[4]

Sejumlah 419 acara dalam 38 sukan dipertandingkan selama 16 hari pertandingan.

Jadual pingat

sunting
Jadual pingat Sukan Asia 2002
 Ked.  NOC Emas Perak Gangsa Jumlah
1   China (CHN) 150 84 74 308
2   Korea Selatan (KOR)* 96 80 84 260
3   Jepun (JPN) 44 74 72 190
4   Kazakhstan (KAZ) 20 26 30 76
5   Uzbekistan (UZB) 15 12 24 51
6   Thailand (THA) 14 19 10 43
7   Taipei Cina (TPE) 10 17 25 52
8   India (IND) 10 12 13 35
9   Korea Utara (PRK) 9 11 13 33
10   Iran (IRI) 8 14 14 36
11   Arab Saudi (KSA) 7 1 1 9
12   Malaysia (MAS) 6 8 16 30
13   Singapura (SIN) 5 2 10 17
14   Indonesia (INA) 4 7 12 23
15   Vietnam (VIE) 4 7 7 18
16   Hong Kong (HKG) 4 6 11 21
17   Qatar (QAT) 4 5 8 17
18   Filipina (PHI) 3 7 16 26
19   Bahrain (BRN) 3 2 2 7
20   Kyrgyzstan (KGZ) 2 4 6 12
21   Kuwait (KUW) 2 1 5 8
22   Sri Lanka (SRI) 2 1 3 6
23   Pakistan (PAK) 1 6 6 13
24   Myanmar (MYA) 1 5 6 12
25   Turkmenistan (TKM) 1 2 1 4
26   Mongolia (MGL) 1 1 12 14
27   Lubnan (LIB) 1 0 0 1
28   Tajikistan (TJK) 0 2 4 6
29   Makau (MAC) 0 2 2 4
30   Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0 2 1 3
31   Bangladesh (BAN) 0 1 0 1
32   Nepal (NEP) 0 0 3 3
32   Syria (SYR) 0 0 3 3
34   Jordan (JOR) 0 0 2 2
34   Laos (LAO) 0 0 2 2
36   Afghanistan (AFG) 0 0 1 1
36   Brunei (BRU) 0 0 1 1
36   Palestin (PLE) 0 0 1 1
36   Yaman (YEM) 0 0 1 1
Jumlah (39 NOC) 427 421 502 1350

Rujukan

sunting
  1. ^ "14th AG Busan 2002". OCA. Dicapai pada 2010-11-20.
  2. ^ "Neighboring Host Cities". busanasiangames.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-06-05. Dicapai pada 2010-11-20.
  3. ^ "History of the Asian Games". The Times of India. 2010-11-11. Dicapai pada 2010-11-20.
  4. ^ "Each National & Regional". busanasiangames.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-06-05. Dicapai pada 2010-11-20.