Buka menu utama

Sukhoi Su-33 (nama pengenalan NATO Flanker-D) adalah sebuah pesawat tempur pelbagai peranan di atas kapal pengangkut pesawat yang dikeluarkan oleh firma Sukhoi, Rusia bermula pada tahun 1982. Ia adalah terbitan daripada pesawat Su-27 'Flanker' yang pada mulanya dikenali sebagai Su-27K. Perbezaan utamanya berbanding dengan pesawat Su-27 adalah pesawat Su-33 boleh dioperasikan di atas kapal pengangkut pesawat. Tidak seperti pesawat Su-27, pesawat Su-33 dilengkapkan dengan keupayaan untuk mengisi minyak di udara.

Sukhoi Su-33
Su27K (Su33) DD-SD-99-06153.jpg
Pesawat Su-33 di atas kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov
Penerangan
Jenis Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung Mei 1985
Pengguna pertama Tentera Laut Rusia
Variasi Dibangunkan dari Sukhoi Su-27
Krew 1
Jumlah dibina 24+
Status Aktif
Dimensi
Panjang 21.94 m
Tinggi 5.93 m
Rentas sayap 7.40 m (dilipat), 14.70 m (normal)
Luas sayap 62 m²
Berat
Berat tanpa muatan 18,400 kg
Berat muatan penuh 29,940 kg
Berat berlepas maksimum 33,000 kg
Janakuasa
Enjin Lyulka AL-31F kipas turbo lepas pembakaran
Tujahan maksimum 123 kN setiap enjin
Persenjataan
Meriam 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 150 butir peluru
Bom Sehingga 6,500 kg persenjataan di 12 tenggekan luar termasuk :
Peluru berpandu udara-ke-udara R-27/R-73
Pelbagai bom dan roket
Pod ECM
Prestasi
Kelajuan maksimum Mac 2.17 (2,300 km/j) di altitud 10,000 m
Kelajuan menegun (bersih) 240 km/j
Jarak tempur 3,000 km
Altitud tertinggi 17,000 m
Kadar panjat 325 m/s

PembangunanSunting

Pesawat Su-33 membuat penerbangan sulong pada Mei 1985, dan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 1994. Rejimen udara yang mengandungi 24 buah pesawat ditubuhkan di atas satu-satunya kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut Rusia, Admiral Kuznetsov.

Semasa ujina, setiap juruterbang melakukan 400 pendaratan di atas landasan konkrit yang menyerupai saiz dan bentuk dek kapal pengangkut, untuk membuat latihan teknik pendaratan tanpa mencetuskan percikan api sebelum membuat pendaratan sebenar di atas dek kapal pengngkut pesawat. Walaupun begitu, terdapat satu kemalangan kecil berlaku semasa membuat latihan touch-and-go. Semasa mendarat, angin bertiup 45 darjah ke arah rasuk kiri dan menyebabkan pesawat prototaip (dikenali sebagai T-10K), yang dipandu oleh Victor Pugachev, diseret sejauh 3 meter landasan dan hampir menyebabkan kemalangan. Setelah pesawat dibawa keluar dari landasan, pemeriksaan mendapati penyokong giar pendaratan telah bengkok. Pesawat tidak mengalami sebarang kerosakan lain. [1]

Pendaratan pertama di atas kapal pengangkut pesawat tidak terlepas daripada kemalangan sepertimana yang diharapkan. Penemuan mendapati, walaupun panjang pesawat telah dipendekkan, ia masih terlalu tinggi apabila memasuki pintu hangar, dan pendakap khas dipasang di giar pendaratan untuk merendahkan pesawat ini dan seterusnya dapat memasuki hangar.[1]

PeneranganSunting

 
2 buah pesawat Su-33 sedang bersedia untuk berlepas dari kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov.
 
Perhatikan radome yang terletak di antara 2 penstabil menegak.
 
Pesawat Su-33 dengan persenjataan lengkap dan sayap yang dilipat.

Tidak seperti pesawat F-14 Tomcat, pesawat Su-33 direka untuk menggunakan teknik lompatan-ski dan bukannya pelancar semasa berlepas dari pesawat pengangkut pesawat. Pelepasan menggunakan teknik lompatan-ski memberi banyak kelebihan berbanding dengan pelepasan menggunakan pelancar. Bukti yang ketara adalah pelancaran teknik lompatan-ski tidak memberi tekanan kepada kerangka pesawat dan juruterbang, ini bermakna pesawar akan mempunyai berat yang lebih ringan disebabkan kurangnya struktur diperteguhkan yang diperlukan dan mengelakkan kesan G-LOC (kehilangan kesedaran yang disebabkan oleh kesan-G). Dengan menggunakan lompatan-ski, pesawat boleh menggunakan sepenuhnya ciri lepas-bakar lebih awal berbanding dengan pesawat yang menggunakan pelancar. Setelah berada di udara pesawat akan memiliki sudut serangan positif sebagaimana juga kelajuan sudut anggul yang meningkat semasa memecut, juga membantu semasa mendaki. Kaedah ini memerlukan pesawat yang lebih stabil dan boleh dikendalikan di kelajuan rendah. Dari segi keburukannya, pesawat yang menggunakan lompatan-ski tidak boleh dilancarkan pada berat maksimum berlepasnya (melainkan pesawat mempunyai berat maksimum berlepas yang sangat rendah, seperti contoh pesawat BAe Harrier dan keluarganya), jadi samada beban atau jarak tempur akan terjejas sekiranya bersemuka dengan pesawat yang menggunakan pelancar. Pesawat yang besar tidak boleh berlepas dengan menggunakan lompatan-ski sama sekali.

Sirip hadapan pesawat Su-33 telah membantu dalam memendekan jarak berlepas yang diperlukan dan meningkatkan tahap manuvernya, tetapi proses reka bentuk semula pada pinggir depan yang telah dipanjangkan. Ia juga bertindak sebagai penstabil semasa dalam penerbangan supersonik. Luas sayap juga dibesarkan, walaupun panjangnya tidak berubah. Sayap dipasangkan dengan pelipat dibantu-kuasa, dan ekor menegaknya dipendekkan untuk memudahkan pesawat disimpan dalam ruang hangar pesawat yang sesak di dalam kapal pengangkut pesawat. Radome belakang dipendekkan dan direka semula untuk membolehkan cangkuk-ekor dipasang, juga untuk menjimatkan ruang di dalam hangar. Alat IRST dialih untuk memberi penglihatan pandang ke bawah yang lebih baik dan pemasangan prob pengisi minyak boleh tarik berbentuk-L untuk meningkatkan jarak operasi.

Pesawat Su-33 boleh membawa pelbagai peluru berpandu seperti Kh-25MP, Kh-31 dan H-41. Pesawat ini boleh digunakan untuk operasi pada waktu siang ataupun malam di laut. Ia boleh dioperasikan dengan bantuan pusat kawalan kapal, atau, atau daripada helikopter amaran awal Kamov Ka-31 (versi bagi Ka-27). Peluru berpandu R-27EM boleh membantu pesawat ini untuk memintas peluru berpandu anti-kapal musuh.

Selain daripada tugas pertahanan udara, tugas-tugas lain bagi pesawat Su-33 termasuk memusnahkan kapal selam, pesawat AWACS, dan pesawat pengangkut musuh, serangan anti-kapal, bantuan semasa pendaratan pasukan amfibia, pengiring, membuat tinjauan dan memasang periuk api.

EksportSunting

Sebuah akhbar bercirikan peniagaan, Kommersant telah melaporkan pada 23 Oktober 2006[2] bahawa syarikat milik negara Rosoboronexport dalam rundingan terakhir dengan Republik Rakyat China untuk membekalkan sehingga 50 buah pesawat berharga AS$ 2.5 bilion. China pada mulanya akan memperoleh 2 buah pesawat dengan harga AS$100 juta untuk ujian dengan pilihan untuk memiliki tambahan 12-48 buah pesawat. Pesawat-pesawat ini dijangka akan digunakan dalam program kapal pengangkut pesawat China.

Selepas Pamera Udara Zhuhai ke-6 pada musim luruh tahun 2006, Timbalan Pengarah Pertama Biro Kerjasama Teknologi Ketenteraan, Rusia, Leftenan Jeneral Aleksander Denisov daripada Tentera Udara Rusia mengesahkan pada sidang akhbar bahawa China telah bertanya pada Rusia akan kemungkinan pembelian pesawat Su-33. Rundingan telah bermula pada tahun 2007. Berita Agensi Xinhua kemudiannya telah melaporkan maklumat ini di laman web internet ketenteraannya pada 1 November, 2006 dan ini merupakan satu-satunya pengakuan rasmi kerajaan China yang diketahui berkenaan hal ini. Walaupun begitu, kedua-dua Jeneral Rusia dan pemberita China tidak memberi maklumat lanjut samada perjanjian ini merupakan pembelian terus, pemasangan yang dilesenkan atau pemindahan teknologi, tetapi hanya menyatakan bahawa China merancang untuk "memperkenalkan pesawat Su-33".[perlu rujukan]

PenggunaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Gordon, Y. Sukhoi Su-27 Flanker: Air Superiority Fighter. Airlife Publishing. ISBN 1-84037-029-7. 
  2. ^ Eksport pesawat pejuang ke China

Pautan luarSunting

Lihat jugaSunting