Sultan Muzzil Shah, Kedah

sultan Kedah keempat

Sultan Muzzil Shah ibni Sultan Muhammad Shah (mangkat 1280) ialah Sultan Kedah ke-4.

Muzzil Shah
Sultan Kedah
Fail:-
-
Sultan Kedah -
Pemerintahan23 Oktober 1237 – 24 Ogos 1280
Kemahkotaan1237
Didahului olehMuhammad Shah
Diikuti olehMahmud Shah I
KeputeraanMuzzil Shah ibni Sultan mudzaffar Shah
1247
Kedah
Kemangkatan24 Ogos 1280
Kota Sungai Mas, Kedah
Pemakaman25 ogos 1280
Makam Diraja Kota Sungai Mas
Pasangan-
AnakandaSultan Mahmud Shah I
Tunku Ahmad
KerabatMahawangsa
Kesultanan Kedah
AyahandaMuhammad Shah
AgamaIslam

Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Shah. Pada 13 Januari 1237, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Mariam. Pada 29 September 1237, baginda bersama jemaah menterinya telah berhijrah ke Kota Sungai Emas untuk bersemayam di sana. Baginda menyerahkan Kota Bukit Meriam kepada Dato’ Seri Paduka Anugerah Dewa untuk menjagakannya. Baginda memberi perintah kepada Dato’ Lela Putra untuk menjaga Kuala Perai dan sekitarnya

Ketika baginda memerintah, orang-orang dari Pulau Sumatera, Jawa dan India mula masuk ke Kedah untuk menetap dan membuka perniagaan di sini. Maka berlaku pertambahan penduduk di Kedah dari seberang Sungai Merbok hingga ke kaki Gunung Jerai. Pada tahun 1239, baginda membuka kawasan baharu dari Sungai Derap (Dedap) hingga ke Bukit Penjara, Kuala Sungai Merbok.

Pada 17 Ogos 1280, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar Kota Sungai Emas.

Anakanda

sunting
  1. Sultan Mahmud Shah I, Kedah

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting


Pautan luar

sunting
Didahului oleh
Sultan Muhammad Shah
Sultan Kedah
1280-1321
Diikuti oleh:
Sultan Mahmud Shah