Sultan Phaya Long Muhammad

Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad ibni Raja Muda Long Ismail (Jawi: ڤدوك سري سلطان ڤهايا لوڠ محمد ابن راج مودا لوڠ اسماعيل), juga digelar sebagai Tuan Besar ialah seorang Sultan Pattani Darussalam.

Sultan Long Muhammad
Sultan dan Yang di-Pertuan Agung Besar Negeri Pattani Darus Sallam
Sultan Pattani ke-19
Pemerintahan1845 - 1856
Diikuti olehTengku Besar Long Puteh, Tengku Ahmad ibni Sultan Muhammad I
Menteri Besar Kelantan ke-3
Pemerintahan1835-1838
Didahului olehWan Mahmud bin Ibrahim
Diikuti olehEngku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar
KeputeraanLong Muhammad ibni Long Ismail
Januari 1800
KemangkatanNovember 1856
Wilayah Singgora, Malaya
PemakamanWilayah Pattani, Malaya
Pasangan9 orang
Anakanda99 orang
Nama penuh
Sultan Long Muhammad Shah III ibni Raja Muda Long Ismail
Nama diraja
Paduka Seri Sultan Long Muhammad Shah III ibni Raja Muda Long Ismail
Nama selepas mangkat
Marhum
KerabatPattani
WangsaJaring
AyahandaRaja Muda Kelantan Long Ismail ibni Sultan Kelantan Long Yunnus II
AgamaIslam Sunni

Long Muhammad ialah anakanda sulung kepada Raja Muda Kelantan, Long Ismail ibni Sultan Long Yunus II yang menjadi pemgbesar di Kampong Laut. Sebelum dilantik menjadi Sultan, baginda telah menjadi Menteri Besar Kelantan pada zaman pemerintahan Long Jenal ibni Long Yunus dan Sultan Muhammad II (Long Senik).

Menjadi raja Pattani

sunting

Long Muhammad merupakan sultan dan raja pertama bagi Dinasti Tuan Besar yang memerintah Kesultanan Pattani, yang dilantik Siam pada 1845 pascaperang saudara yang berlaku akibat penjajahan Siam ke atas wilayah Pattani sebelum daripada itu[1].

Semasa pentadbiran baginda, pihak berkuasa kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbiran mereka terhadap negeri-negeri Melayu di Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadi naungan mereka. Pentadbiran Bangkok juga mula memberi kuasa penuh kepada raja-raja Melayu tempatan untuk menguruskan pentadbiran dalam negeri tanpa campur tangan pegawai tadbir Siam[2].

Raja-raja Melayu hanya dikehendaki menghantar ufti bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali dengan ikrar tidak akan menderhaka, selain membekalkan senjata, tenaga manusia dan bahan keperluan jika kerajaan Siam menghadapi peperangan. Berikutan perubahan dasar itu, keamanan wujud di negeri-negeri Melayu yang terlibat buat beberapa dekad[2].

Rujukan

sunting
  1. ^ MOHD FADLI GHANI (Januari 7, 2019). "Salasilah Kesultanan Pattani". Harakahdaily. Dicapai pada 8 Mei 2022.
  2. ^ a b Mohd Zamberi A. Malek (1994). Patani dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 8. ISBN 983-62-4121-3.