Sultan Sadik Muhammad Shah
Sultan Sadik Muhammad Shah merupakan pemerintah Kelantan selepas Sultan Baki Shah. Baginda mempunyai dua nama iaitu Sultan Sadik Maulana dan Sultan Sadik Maulino.
Kehidupan
suntingSewaktu baginda memerintah, ibu kota di Bukit Panau dipindahkan ke Ninggiri kerana kawasan sekitar Bukit Panau sentiasa dilanda banjir dan memusnahkan kawasan istana.
Baginda telah dicatatkan mangkat pada tahun 1429 dan digantikan oleh adindanya, Raja Kemas Jiwa di Ninggiri.
Kealiman
suntingDalam sejarah baginda dikenali sebagai Maulana Ninggiri. Hal ini menunjukkan baginda seorang yang alim.
Perpindahan baginda ke Ninggiri ialah satu langkah untuk baginda mengasingkan diri daripada kesibukan dunia dan selesa ditemani dengan pemandangan menghijau belantara seterusnya dapat membuat baginda lebih khusyuk untuk beribadat tanpa sebarang gangguan masalah pentadbiran. Hal ini berikutan ketika itu Siam mula bangkit semula dan Majapahit di ambang perpecahan.