Sungai Pak Mail
Sungai Pak Mail (Jawi: سوڠاي ڤق ماعيل ), merupakan sebatang sungai di Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.[2] Sungai Pak Mail mengalir di bahagian tengah Mukim Port Dickson, bermula di Ladang Bukit Untong dan tamat di pertemuan Sungai Lukut Besar.[1][3] Ia terletak kira-kira 63 kilometer (39.1 bt) ke arah selatan dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sungai Pak Mail | |
---|---|
Lokasi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Port Dickson |
Mukim | Jimah, Port Dickson |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | |
• lokasi | Ladang Bukit Untong |
• koordinat | 2°32′49″N 101°51′39″E / 2.5469°N 101.8608°E |
• ketinggian | 55 meter (180.4 ka) |
Muara | Sungai Lukut Besar |
• lokasi | di Pekan Lukut |
• koordinat | 2°34′32″N 101°48′43″E / 2.5756°N 101.8119°EKoordinat: 2°34′32″N 101°48′43″E / 2.5756°N 101.8119°E |
• ketinggian | 6 meter (19.7 ka) |
Panjang | 8.25 kilometer (5.1 bt)[1] |
Ciri-ciri lembangan | |
Pergerakan | Sungai Lukut Besar → Selat Melaka |
Anak sungai | |
• kiri | anak sungai tanpa nama |
• kanan | anak sungai tanpa nama |
Ciri-ciri fizikal
suntingBerdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, sumber bagi Sungai Pak Mail terletak di Ladang Bukit Untong dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 55 meter (180.4 ka).[1][4] Setelah direntasi Lebuhraya Seremban–Port Dickson, Sungai Pak Mail akan memasuki Kampung Sri Parit Dalam.[1] Terdapat dua anak sungai yang bermuara di kampung ini. Seterusnya, sungai ini akan memasuki zon pentadbiran Pekan Lukut dan melalui Kampung Sri Parit sebelum direntasi Jalan Seremban.[1] Selepas melalui beberapa kawasan perumahan di Pekan Lukut, ia akan memasuki Mukim Jimah lalu diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Lukut Besar, di ketinggian atas min aras laut iaitu 6 meter (19.7 ka).[1]
Ciri-ciri lembangan
suntingBerdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, terdapat sembilan anak sungai tanpa nama bermuara di sungai ini.[1]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d e f g "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ "Dokumen Gazetir - Negeri Sembilan 2022" (PDF). Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi Malaysia. m/s. 120. Dicapai pada 2023-03-14.
- ^ "Sungai Pak Mail, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. Dicapai pada 14 Mac 2023.
- ^ "Ladang Bukit Untong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. Dicapai pada 14 Mac 2023.