Surender Reddy (dilahirkan pada 7 Disember 1975 di kampung machanapalli, Jammikunta, Karimnagar, Telangana, India) ialah pengarah filem Tollywood bahasa Telugu.[1]

Surender Reddy
Kelahiran
Patthi Surender Reddy

(1975-12-07) 7 Disember 1975 (umur 48)
Machanapalli Village, Jammikunta Karimnagar, Telangana, India
Pekerjaan
  • Pengarah filem
  • Penulis skrip
Tahun aktif2005–kini
PasanganDeepa Reddy

Beliau bekerja dengan NT Rama Rao Jr., Mahesh Babu, Ravi Teja, Allu Arjun, Ram Charan Teja, Kalyan Ram, dan Chiranjeevi.

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai pengarah menerusi filem Athanokkade dengan Nandamuri Kalyan Ram. Filem-filem terkenalnya ialah Kick yang dibintangi oleh Ravi Teja, Ileana D'Cruz dan Race Gurram yang dibintangi Allu Arjun dan Shruti Haasan. Semua filem yang diarahkannya kecuali Athanokkade ialah cerita-cerita yang ditulis oleh Vakkantham Vamsi.

Filem beliau Kick 2 dikeluarkan pada Ogos 2015 lakonan Ravi Teja.[2] Ia mengumpul anggaran rs.6.25 crore (943,000 USD) pada hari pertamanya, yang tertinggi untuk filem Ravi Teja mengatasi Power.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Pradesh, Andhra (14 July 2006). "Action-packed melodrama". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-18. Dicapai pada 16 May 2011.
  2. ^ "Ravi Teja's Kick2"
  3. ^ Hooli, Shekhar H. (22 August 2015). "'Kick 2' (Friday) 1st Day Box Office Collection: Surender's Film Becomes Biggest Opener for Ravi Teja". International Business Times.

Pautan luar sunting