Susan Burton
Susan Burton ialah seorang aktivis yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat yang bekerja dengan orang-orang yang sebelum ini pernah dipenjara dan mengaasaskan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernama A New Way of Life Foundation.[1][2] Beliau menerima penghargaan CNN Heroes pada 2010 dan Purpose Prize winner pada 2012.[3][4][5]
Kehidupan
suntingSusan Burton dilahirkan dan dibesarkan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.[6]
Susan Burton mempunyai anak lelaki yang berusia 5 tahun bernama Marque Hamilton, yang meninggal kerana kemalangan pada tahun 1982. Akibat kejadian itu, beliau mengalami patah hati serta merasa sedih, dan kerana tidak memiliki akses untuk melakukan terapi, akhirnya beliau mengambil dadah.[7] Beliau ketagih dengan kokain, dan akhirnya dipenjara kerana menagih dadah jenis kokain.[8][9]
Burton telah keluar masuk penjara sebanyak enam kali, iaitu selama tahun 1980-an hingga tahun 1990-an. Namun, setiap kali beliau dibebaskan dari penjara, beliau tidak memiliki cukup wang untuk meneruskan hidup, dan kad jaminan sosial.[10] Selain itu, beliau juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan dan tidak memiliki tempat tinggal. Hingga pada akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan lagi.[11]
Setelah dibebaskan dari penjara buat kali terakhir, terdapat seorang pengawal penjara yang mengatakan kepadanya bahawa beliau akan segera melihatnya di penjara lagi. Kejadian tersebut membuat Burton ingin membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh pengawal penjara tersebut salah. Burton akhirnya memutuskan untuk mencari kemudahan pemulihan yang jauh dari tempat tinggalnya yang sebelumnya, agar beliau tidak kembali menagih lagi. Akhirnya beliau menemui CLARE Foundation yang terletak di Santa Monica.[12]
Dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan oleh CLARE Foundation, pada tahun 1997 Burton dapat berhenti menagih dadah. Ketika menjalani pemulihan disana, beliau sedar bahawa tiada kemudahan seperti itu ditempat dimana selama ini beliau tinggal, dan beliau juga memutuskan untuk mulai membantu wanita-wanita lain dengan situasi yang sama sepertinya, sehingga dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.[13][14]
Karya
suntingBuku
sunting- (2017) – Becoming Ms. Burton: From Prison to Recovery to Leading the Fight for Incarcerated Women by Susan Burton, Cari Lynn, dan Michelle Alexander[15]
Rujukan
sunting- ^ "who-we-are". anewwayoflife.org. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Susan Burton". encore.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-09.
- ^ "Home". The Purpose Prize. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ CNN, Katie McLaughlin. "Pen Farthing is 2014's CNN Hero of the Year". CNN. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "CNN Heroes: Everyday people changing the world". CNN. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Shackled". crisismagazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Starbucks". stories.starbucks.com. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ Alexander, Michelle (2012-03-10). "Opinion | Go to Trial: Crash the Justice System". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Congresswoman Ayanna Pressley Tackles The 'PUSHOUT' Of Black Girls At School". Essence (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Susan Burton". encore.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ Burton, Susan. "After 6 Prison Terms, A Former Inmate Helps Other Women Rebuild Their Lives". NPR.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ Edwards, Breanna. "She, The People: Susan Burton On Leading Women Returning To Society To 'A New Way Of Life'". Essence (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ Facebook; Twitter; options, Show more sharing; Facebook; Twitter; LinkedIn; Email; URLCopied!, Copy Link; Print (2014-10-14). "Women suffer disproportionately under harsh California laws". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Ending Criminalization: Justice Not Jails – Interfaith Movement for Human Integrity" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-07-11.
- ^ "Becoming Ms. Burton". www.goodreads.com. Dicapai pada 2020-07-11.