Syaktisme (Sanskrit: शाक्त, IAST: Śākta, lit. doktrin tenaga, kuasa, dewi abadi) merupakan satu aliran utama agama Hindu, di mana ketua dewa disifatkan sebagai wanita.

Syaktisme ialah aliran agama Hindu yang berpusatkan kedewian.[1][2] Berhala Matrika, dari kiri: Vaishnavi, Varahi, Indrani dan Chamunda

Syaktisme melibatkan suatu semesta dewi, di mana kesemuanya dipercayai sebagai aspek, manifestasi atau bayangan dewi agung yang sama, Syakti.[1][3] Ia memiliki pelbagai gaya penyembahan, daripada Durga yang paling banyak disembah, hingga Parvati serta Kali.[4][5] Selepas kemerosotan Buddhisme di India, pelbagai dewi Hindu dan Buddha digabungkan menjadi Mahavidya, kumpulan sepuluh dewi.[6] Mahadevi yang lazim disembah dalam aliran Syaktisme termasuk: Durga, Kali, Saraswati, Lakshmi, Parvati dan Tripurasundari.[3] Selain itu, pelbagai Gramadevata juga disembah di kawasan India.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Klostermaier, Klaus K. (2010). A Survey of Hinduism (ed. third). State University of New York Press. m/s. 30, 114–116, 233–245. ISBN 978-0-7914-8011-3.
  2. ^ Flood, Gavin D. (1996), An Introduction to Hinduism, Cambridge University Press, m/s. 174–176, ISBN 978-0-521-43878-0
  3. ^ a b Melton, J. Gordon; Baumann, Martin (2010). Religions of the World: A Comprehensive Encyclopedia of Beliefs and Practices (ed. second). ABC-CLIO. m/s. 2600–2602. ISBN 978-1-59884-204-3.
  4. ^ "Durga Puja", Encyclopædia Britannica (2015).
  5. ^ Yudit Kornberg Greenberg (2008). Encyclopedia of Love in World Religions. ABC-CLIO. m/s. 254–256. ISBN 978-1-85109-980-1.
  6. ^ Sanderson, Alexis. "The Śaiva Literature". Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine Journal of Indological Studies (Kyoto), Nos. 24 & 25 (2012–2013), 2014, pp. 80.
  7. ^ Sharma 2000, m/s. 65.

Pautan luar sunting