TOPIK atau Test of Proficiency in Korean merupakan ujian penilaian yang dilaksanakan Korea Institute of Curriculum and Evaluation (KICE) bagi mengukur kemahiran dan kefahaman dalam Bahasa Korea seseorang yang bahasa ibundanya bukan Bahasa Korea. TOPIK kini diadakan dua kali setiap tahun di seluruh dunia bermula dari tahun 2007.

TOPIK
Hangul한국어능력시험
Hanja韓國語能力試驗
Perumian Semakanhangugeo neungnyeok siheom
McCune–Reischauerhangugŏ nŭngnyŏk sihŏm
Logo TOPIK

TOPIK merupakan ujian tulisan yang mengandungi empat bahagian, iaitu Perbendahara kata & Tatabahasa, Penulisan, Pendengaran dan Pemahaman. Teknik komunikasi lisan tidak diuji. Ujian TOPIK mengandungi 400 markah dengan 100 markah bagi setiap bahagian. Purata markah keempat-empat bahagian tersebut akan diambil sebagai prestasi keseluruhan calon. Terdapat dua jenis TOPIK yang diadakan mulai April 2007, iaitu TOPIK Standard (S-TOPIK) dan TOPIK Bisnes (B-TOPIK).


TOPIK Standard (S-TOPIK) mengukur kemahiran bahasa Korea secara menyeluruh. Eman gred S-TOPIK diagihkan kepada 3 tahap, iaitu Asas(초급, gred 1 & 2), Sederhana (중급, gred 3 & 4) dan Tinggi (고급, gred 5 & 6), berdasarkan markah yang diperoleh dalam kertas ujian berlainan. Calon akan menerima slip markah dan dianugerah sijil gred yang dicapai.


TOPIK Bisnes (B-TOPIK)menilai kemahiran teknik pratikal komunikasi dalam bahasa Korea, misalnya penggunaan bahasa Korea dalam bidang perniagaan. Ujian ini sesuai diambil calon yang berminat untuk bekerja di Korea. B-TOPIK tidak terbahagi kepada tahap dan keputusan tidak dikategorikan dalam sistem gred. Ia juga tidak mempunyai markah lulus atau gagal. Calon hanya akan menerima markah B-TOPIK. Markah keseluruhannya adalah 400 markah.

Pautan Luaran sunting