Taman Burung Labuan

Dikelilingi oleh sebuah taman yang cantik, Taman Burung Labuan terletak berhampiran dengan Chimney di Tanjung Kubong, Wilayah Persekutuan Labuan. Ia mengandungi tiga sangkar burung besar berbumbung bulat dan dihiasi dengan tumbuhan yang menarik. Terdapat sangkar enggang yang besar di belakang 3 kubah ini. Pelbagai burung yang terdapat di dalamnya termasuk burung Tiong Mas, Love Bird, Burung Helang, Burung Hantu, Enggang, Burung Unta dan sebagainya.

Terdapatnya usaha yang mengumpulkan 580 spesies burung Borneo yang berasingan habitatnya, dari pokok paya bakau sepinggir laut ke hutan di atas bukit. Banyak burung yang menarik boleh dilihat tanpa sebarang peralatan di taman ini. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM 3.00
  • Kanak-kanak/OKU: RM 1.00
  • Pelajar/Warga Emas/Pesara: RM 2.00
  • Warganegara asing: RM 5.00

Pautan Luar sunting