Telofasa

Telofasa ialah tahap terakhir dalam meiosis dan mitosis sel eukariot.

Gambaran telofasa sel, di mana membran nukleus dan nukleolus (kebiruan bertompok merah jambu) tampak muncul semula.

Setelah kromosom dipindahkan ke kutub-kutub sel induk yang bertentangan, membran nukleus dibentuk semula mengelilingi setiap set kromatid anak. Mikrotubul gelendung yang masih ada turut melonggar semula (depolymerize) dan kromosom kembali kepada bentuk kromatin mengembang asal yang ada sewaktu interfasa.

Sitokinesis biasanya dimulakan pada lewat fasa ini.[1]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Reece, Jane; Urry, Lisa; Cain, Michael; Wasserman, Steven; Minorsky, Peter; Jackson, Robert (2011). Campbell Biology (edisi ke-10). Pearson. ISBN 978-0-321-77565-8.