Teluk Fundy

Teluk Fundy (Bahasa Inggeris: Bay of Fundy; Bahasa Perancis: Baie de Fundy) adalah sebuah teluk terletak antara provinsi-provinsi New Brunswick dan Nova Scotia di Kanada dengan sebahagian kecil negeri Maine di Amerika Syarikat. Kawasan pesisirannya mempunyai perbezaan jarak pasang surut tertinggi di dunia.[1]

Formasi batu pasir terhakis Hopewell Rocks di Teluk Fundy.

GeografiSunting

Julat pasang surut di teluk ini adalah sekitar 16 meter jauh berganda dari purata beza jarak yang ada di seluruh dunia sekitar 1 meter. Ada air pasang berbeza-beza ketinggian bergantung pada kedudukan bulan, matahari, dan keadaan atmosfera.[2] Pasang dan surut air sekitar ini bertahan kira-kira enam jam 13 minit.[2]

Daya dibawa air pasang sangat kuat kerana bentuk teluk ini yang kecorongan; kira-kira 100 bilion tan metrik air mengalir masuk dan keluar dari teluk iaitu dua kali lebih banyak daripada jumlah isipadu semua air sungai di dunia dalam tempoh yang sama[3] dengan kuasa sekuat 8,000 buah enjin kereta api atau 25 juta ekor kuda.[4]

RujukanSunting

  1. ^ National Ocean Service,
  2. ^ a b "The Bay of Fundy is a 160 billion tonne wonder. Here's why". Tourism New Brunswick. Government of New Brunswick. 2018-05-02. Dicapai pada 7 June 2019.
  3. ^ "Why are the Bay of Fundy Hides so High?". www.bayfundy.net. Dicapai pada 15 June 2019.
  4. ^ "Bay of Fundy Tides". bayoffundy.com. Dicapai pada December 19, 2019.

Pautan luarSunting