Tembok Besar Sloan

Tembok Besar Sloan (Sloan Great Wall, SGW) adalah struktur kosmik dibentuk sederetan besar galaksi. Ia terletak dalam rangkuman buruj-buruj Corvus, Hydra dan Centaurus jika dilihat dari latar langit; "tembok" ini berukuran 1.37 bilion tahun cahaya ( 1.30 m), terletak kira-kira satu bilion tahun cahaya dari Bumi.

Gambaran Tembok Besar Sloan dibina semula dengan DTFE menggunakan 2dF Galaxy Redshift Survey

Penemuannya diumumkan dari Princeton University pada 20 Oktober 2003 oleh J. Richard Gott III, Mario Jurić dan rakan-rakan mereka berdasarkan data dari Sloan Digital Sky Survey.

Pautan luarSunting