Terrence Law merupakan salah seorang anggota kumpulan Kamikaze yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia.[1] Terrence Law, atau lebih dikenali dengan nama T-rex, berusia 24 tahun, beliau asal daripada Sarawak dan Agamanya Cina. Beliau ialah seorang yang kelakar, tetapi serius bila bekerja. Mula menceburi bidang muzik sebagai Sound Engineer lebih kurang 5 tahun yang lalu. Bakat beliau mula dikesan 3 tahun yang lalu, oleh Stephen Danker, pengurus kumpulan 'Flying Colours'. Stephen telah menawarkan beliau kontrak untuk menyanyi dengan 'Flying Colours' bersama dengan Sham. Peluang itu diterima oleh beliau. Lalu, beliau bersama Sham telah mengadakan persembahan di seluruh Malaysia.

Terrence Law
KelahiranTerrence Law
12 July 1975
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenyanyi
Terkenal keranakumpulan Kamikaze
PasanganLena Law
AnakLeanna Ashley Law Laleina Iris Law

T-rex merupakan vokalis heavy metal Cina yang pertama di Malaysia.[2] Ini merupakan suatu yang mungkin sukar diterima oleh para peminat, namun ia dibuktikan apabila peminat menerima kehadiran beliau, apabila lagu 'Tawa Dalam Tangisan' mendapat sambutan yang luar biasa.

Di masa lapang, T-rex gemar bermain games, seperti play station di rumahnya. Beliau juga seorang internet surfer di masa lapangnya.

RujukanSunting

Laman WEBSunting

http://web.archive.org/20050713000530/www.geocities.com/inspirasiweb/profile.html