Ayam ternak lepas komersil

Ternak lepas atau ternak bebas merupakan satu kaedah penternakan yang mana haiwan ternakan dilepaskan ke lapangan pada waktu-waktu tertentu daripada dikurung sepanjang masa.

Di kebanyakan ladang, kawasan lapang untuk ternakan merayau-rayau adalah berpagar, maka secara teknikal tempatnya adalah kurungan. Akan tetapi, sistem ternak lepas biasanya menawarkan peluang untuk mendapat pergerakan yang lebih luas dan cahaya matahari yang sering dihambat oleh sistem perkandangan berteduh.

Lihat jugaSunting