The Great Australian Spelling Bee (musim kedua)

The Great Australian Spelling Bee musim kedua ditayang pada 17 Julai 2016 menerusi Network Ten.[1] Musim ini mengekalkan Grant Denyer dan Chrissie Swan sebagai pengacara.[2]

The Great Australian Spelling Bee
Negara asalAustralia
Bilangan episod10
Penyiaran
Saluran asalNetwork Ten
Eleven
Siaran asal17 Julai 2016 (2016-07-17) – 17 September 2016 (2016-09-17)
Kronologi
MengikutiThe Great Australian Spelling Bee (musim pertama)
Diikuti olehBelum dipastikan
Rancangan berkaitan
The Great Australian Spelling Bee

Tontonan yang rendah pada awal musim telah menyebabkan hari tayangan diawalkan dari hari Ahad ke hari Sabtu bermula episod kelima.[3] Bermula episod ketujuh, rancangan ini telah berpindah ke saluran Eleven.

Format sunting

Struktur bagi siri kali ini adalah seperti berikut:[4]

Spelling Bee (Mengeja Individu) sunting

Setiap pengejar dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan, yang terdiri daripada empat orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlu bersaing mengeja sehingga hanya tinggal dua orang pengeja yang tinggal. Jika keempat-empat ejaan dieja dengan betul atau salah pada setiap pusingan, mereka akan terus bersaing sehingga hanya dua orang pengeja sahaja yang tinggal.


Show and Spell sunting

Setiap ahli kumpulan dikehendaki berdiri di belakang pembaz. Pembayang dan huruf didedahkan sehingga salah seorang pengeja menekan butang pembaz untuk meneka ejaan yang diberikan. Jika pengeja dapat meneka perkataan tersebut, pengeja diminta untuk mengeja bagi mendapat mata. Dua kumpulan terawal yang mendapat tiga mata akan selamat. Manakala, dua lagi kumpulan yang gagal akan berhadapan pusingan mengeja individu, Spelling Bee, di mana dua orang pengeja akan tersingkir.

Speed Spell Relay sunting

Speed Spell merupakan cabaran berkumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan akan berdiri di dalam Spell Gate dan diberi 60 saat untuk mengeja perkataan-perkataan yang diberikan. Pengeja yang mengeja dengan salah akan keluar dari Spell Gate sementara ahli kumpulan meneruskan cabaran tersebut. Cabaran akan terhenti setelah mencapai 60 saat atau kesemua ahli kumpulan melakukan kesilapan mengeja. Kumpulan dengan jumlah ejaan yang sedikit akan berhadapan pusingan Spelling Bee.

Superword sunting

Dalam Superword, dua orang setiap kumpulan perlu mencari perkataan dariapda sembilan abjad yang diberikan di skrin besar. Perkataan-perkataan yang diberikan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya lima atau lebih abjad dan setiap abjad hanya boleh digunakan sekali sahaja. Pengeja juga tidak dibenarkan mengulangi perkataan yang telah diberikan oleh kumpulan lain. Cabaran ini memerlukan setiap kumpulan menekan pembaz dengan cepat untuk meneka perkataan yang boleh dibina daripada sembilan abjad yang tertera. Markah hanya diberikan jika perkataan dapat dieja dengan betul. Lima kumpulan pertama yang berjaya mendapat tiga mata akan selamat. Dua kumpulan terbawah akan berhadapan dengan cabaran Spelling Bee.

Superword turut dilakukan secara individu pada episod ke-7. Dua pengeja yang mendapat tiga mata akan selamat dan selebihnya akan berhadapan dengan pusingan Spelling Bee.

Speed Spell Duo sunting

Peraturan yang sama dengan Speed Spell Relay, cabaran ini memerlukan dua orang setiap kumpulan untuk berada di Spell Gate. 60 saat diberikan bagi mereka mengeja perkataan dengan betul secara bergilir-gilir. Pengeja yang melakukan kesilapan akan keluar dari Spell Gate dan meninggalkan seorang lagi rakan pasukannya untuk meneruskan cabaran sehingga masa tamat. Cabaran berakhir apabila tamat 60 saat atau kedua-dua ahli pasukan melakukan kesilapan ejaan. Dua buah kumpulan dengan mata yang rendah akan berhadapan dengan pusingan Spelling Bee.

Laser Letters sunting

Laser Letters merupakan cabaran baharu yang diperkenalkan dalam musim ini. Setiap kumpulan diminta untuk berada di belakang pembaz dan menghadap skrim besar. Penyebut akan membaca empat perkataan menerusi unjuran laser di skrin besar. Salah satu empat perkataan tersebut telah mengandungi kesalahan ejaan. Pengeja yang dapat mengenal pasti perkataan yang mempunyai kesalahan ejaan perlu menekan butang pembaz dengan cepat dan memberikan ejaan yang betul bagi memperoleh mata bagi kumpulan mereka. Dua kumpulan pertama yang berjaya mendapat tiga mata akan selamat, manakala dua lagi kumpulan akan berhadapan pusingan Spelling Bee.

Speed Spell sunting

Speed Spell ini pula ialah cabaran individu. Setiap pengeja diminta berada di Spell Gate dan diberi masa selama 60 saat untuk mengeja dengan betul setiap perkataan yang diberikan oleh penyebut. Masa akan terhenti jika pengeja gagal mengeja dengan betul. Pengeja dengan jumlah ejaan betul yang terbanyak akan selamat daripada penyingkiran, manakala selebihnya akan berhadapan cabaran Spelling Bee. Seorang peserta yang gagal mengeja dengan betul akan tersingkir.

Letter by Letter Knock-Out sunting

Setiap pengeja akan bergilir-gilir memberikan satu abjad dalam satu masa untuk mengeja sesuatu perkataan. Apabila seorang pengeja memberi abjad terakhir, pengeja seterusnya perlu mengulangi perkataan yang diberikan dan penyebut akan memberikan perkataan baharu dan memberikan abjad pertama perkataan tersebut. Cabaran berterusan sehingga salah seorang pengeja melakukan kesilapan. Pengeja yang melakukan kesilapan akan keluar dari pusingan dan cabaran diteruskan sehingga hanya tinggal seorang pengeja. Tiga orang pengeja akan berjaya ke pusingan Spelling Bee bagi menentukan juara bagi tahun 2016.

Peserta sunting

Nama Umur Negeri Status Pertandingan
Tristan 11 VIC Juara (Episod 10)
Zachary 8 NSW Naib juara (Episod 10)
Annie 10 NSW Tempat ke-3 (Episod 10)
Ava 10 SA Tempat ke-4 (Episod 10)
Zeke 10 VIC Tersingkir (Episod 9)
Zoe 10 QLD Tersingkir (Episod 8)
Jessica 12 NSW Tersingkir (Episod 7)
Hanna 11 VIC Tersingkir (Episod 7)
Max 11 QLD Tersingkir (Episod 6)
Luca 9 SA Tersingkir (Episod 6)
Josie 11 WA Tersingkir (Episod 5)
Rory 8 QLD Tersingkir (Episod 5)
William 10 NSW Tersingkir (Episod 4)
Beau 12 WA Tersingkir (Episod 4)
Alistair 9 QLD Tersingkir (Episod 3)
James 12 QLD Tersingkir (Episod 3)
Arya 10 NSW Tersingkir (Episod 2)
Faiza 12 QLD Tersingkir (Episod 2)


Tontonan sunting

Colour key:
     Tontonan tertinggi sepanjang musim
     Tontonan terendah sepanjang musim
Episod Tarikh siaran Masa siaran Jumlah penonton
(Juta)
Kedudukan
(Malam)
Sumber
1 "Episod 1" 17 Julai 2016 (2016-07-17) Ahad 6:30 petang 0.476 #13 [5]
2 "Episode 2" 24 Julai 2016 (2016-07-24) 0.495 #11 [6]
3 "Episod 3" 31 Julai 2016 (2016-07-31) 0.373 #16 [7]
4 "Episod 4" 7 Ogos 2016 (2016-08-07) 0.298 #20 [8]
5 "Episod 5" 13 Ogos 2016 (2016-08-13) Sabtu 7:00 malam <#20 [9]
6 "Episod 6" 20 Ogos 2016 (2016-08-20) Sabtu 6:30 petang <#20 [10]
7 "Episod 7" 27 Ogos 2016 (2016-08-27) <#20 [11]
8 "Episod 8" 3 September 2016 (2016-09-03) <#20 [12]
9 "Episod 9" 10 September 2016 (2016-09-10) <#20 [13]
10 "Episod 10" 17 September 2016 (2016-09-17) <#20 [14]

Rujukan sunting

  1. ^ Cronin, Seanna (15 Julai 2016). "Chrissie's buzzing about new season of Spelling Bee". Sunshine Coast Daily. Dicapai pada 18 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Dunk, Tiffany (13 Julai 2016). "Why The Great Australian Spelling Bee is keeping Grant Denyer on his toes". news.com.au. Dicapai pada 17 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Dunk, Tiffany (10 Ogos 2016). "The Great Australian Spelling Bee demoted to a Saturday night timeslot due to poor Sunday ratings". News Corp Australia. Dicapai pada 10 Ogos 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Challenges". Tenplay. 1 July 2016. Dicapai pada 17 July 2016.
  5. ^ Knox, David (26 Julai 2016). "Timeshifted: Sunday 17 July 2016". TV Tonight. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  6. ^ Knox, David (6 Ogos 2016). "Timeshifted: Sunday 24 July 2016". TV Tonight. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  7. ^ Knox, David (21 Ogos 2016). "Timeshifted: Sunday 31 July 2016". TV Tonight. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  8. ^ Knox, David (21 Ogos 2016). "Timeshifted: Sunday 7 August 2016". TV Tonight. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  9. ^ Knox, David (14 Ogos 2016). "Saturday 13 August 2016". TV Tonight. Dicapai pada 14 Ogos 2016.
  10. ^ Knox, David (21 Ogos 2016). "Saturday 20 August 2016". TV Tonight. Dicapai pada 21 Ogos 2016.
  11. ^ Knox, David (28 Ogos 2016). "Saturday 27 August 2016". TV Tonight. Dicapai pada 28 Ogos 2016.
  12. ^ Knox, David (4 September 2016). "Saturday 3 September 2016". TV Tonight. Dicapai pada 4 September 2016.
  13. ^ Knox, David (11 September 2016). "Saturday 10 September 2016". TV Tonight. Dicapai pada 11 September 2016.
  14. ^ Knox, David (18 September 2016). "Saturday 17 September 2016". TV Tonight. Dicapai pada 18 September 2016.