The Laugh of the Medusa
"Ketawa Medusa" ialah sebuah esei oleh pengkritik dan ahli feminis Perancis Hélène Cixous. Asalnya ditulis dalam bahasa Perancis yang diberi judul "Le Rire de la Méduse" pada tahun 1975, ia kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Paula Cohen dan Keith Cohen pada tahun 1976 setelah Cixous membuat beberapa semakan. Di dalam esei itu, Cixous memberi satu peringatan: sama ada wanita membaca dan memilih untuk kekal terperangkap di dalam tubuh sendiri oleh bahasa yang tidak membenarkan mereka untuk mengekspresikan diri sendiri, atau mereka gunakan tubuh mereka sebagai cara untuk berkomunikasi. Beliau menyebutkan satu gaya penulisan yang beliau panggil écriture féminine, yang cuba untuk menjauhi peraturan dan konvensi yang ada dalam sistem patriarki. Beliau berhujah bahawa écriture feminine membolehkan wanita untuk mengutarakan keperluan mereka dengan membina naratif diri dan identiti yang kuat. Teks ini dihasilkan sewaktu feminisme bangkit setelah wanita diasingkan kerana jantina malah diketepikan daripada bidang kepengarangan.[1] "Ketawa Medusa" membincangkan retorik ini dan menulis mengenai individualiti serta memberitahu wanita untuk menggunakan penulisan dan tubuh sebagai sumber kuasa dan inspirasi.
Umum | |
---|---|
Pengarang | Helene Cixous |
Negara | Perancis |
Bahasa | Perancis |
Subjek | Teori Feminisme, Hak wanita |
Penerbitan | |
Diterbitkan pada | 1975 |
Jenis media | Cetakan |
Cixous menggunakan istilah "Logik Anticinta" untuk menggambarkan fahamannya tentang penindasan wanita oleh sistem patriarki dan tokoh-tokohnya. Beliau mentakrifkan Logik Anticinta sebagai kebencian yang wanita miliki terhadap diri sendiri, "mereka telah menciptakan satu antinarsisisme untuk wanita! Narsisisme yang mencintai dirinya sendiri hanya untuk dicintai dengan apa yang wanita tidak miliki," idea ini menganiaya wanita dengan menentukan siapa mereka mengikut kepercayaan tradisi misoginis yang merendah-rendahkan wanita.[2] Cixous menyeru wanita untuk fokus pada individualiti, terutamanya individualiti badan dan untuk menulis supaya dapat mentakrifkan semula identiti diri melalui sejarah dan naratif sendiri. Esei itu berhujah bahawa menulis ialah alat yang wanita harus gunakan untuk membela diri demi mendapatkan kebebasan yang telah dinafikan kepada kaum wanita sepanjang sejarah.
"Ketawa Medusa" ialah satu seruan untuk menulis dalam "gaya feminin" yang Cixous gelarkan sebagai "dakwat putih" dan "écriture féminine". Cixous membina teks ini dengan menggunakan elemen-elemen daripada gaya ini dan mengisikannya dengan rujukan-rujukan sastera. Beliau mengarahkan wanita untuk menggunakan tulisan sebagai alat kuasa. Cixous meneliti kaitan antara tubuh wanita dengan kepengarangan wanita. Beliau menyampaikan mesej ini dengan menggunakan perbualan yang mana beliau bercakap dan mengarah pembacanya secara langsung. Beliau menggesa pembaca untuk menulis, dan beliau menggunakan banyak bercakap secara langsung seperti "Menulis adalah untukmu, engkau adalah untukmu; tubuhmu adalah milikmu, ambillah ia."[3] Mesej Cixous yang mengulangi wanita mesti menulis untuk diri sendiri dan mengambil semula badan mereka merapatkan jurang antara badan wanita dan kepengarangan mereka. Dengan ini, beliau mengaburkan batas teori dan praktik, serta mengembangkan tradisi retorik feminis.[4] "Ketawa Medusa" berjaya mencipta gaya penulisan yang membolehkan wanita berdaya kerana wanita dapat mengawal semula diri dan tubuhnya, dan dengan itu menyahkan tindasan patriarki yang mengawal segala bentuk retorik.[5] Teks ini juga satu kritikan terhadap logosentrisme dan falogosentrisme, kerana ia tidak mengutamakan bentuk akal maskulin yang biasanya dikaitkan dengan retorik, yang mempunyai banyak persamaan dengan falsafah Jacques Derrida yang terdahulu.[6]
Sebagai penghormatan kepada ahli-ahli teori feminin Perancis, Berketawa bersama Medusa telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 2006.
Rujukan
sunting- ^ Jarrat (Winter 1992). "Performing Feminisms, Histories, Rhetoric" (22): 1–5. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Cixous. The Rhetorical Tradition. Bedford/ St. Martins. m/s. 1524–1536.
- ^ Cixous. The Rhetorical Tradition. Bedford/ St. Martin's. m/s. 1524–1536.
- ^ Conley. Hélène Cixous: Writing the Feminine. University of Nebraska Press. m/s. 1–11.
- ^ Buchanan. A Dictionary of Critical Theory. Oxford University Press.
- ^ Enos. Encyclopedia of Rhetoric and Composition. Garland Pub. m/s. 262–265.
Pautan luar
sunting- Cixous, Hélène; Cohen, Keith; Cohen, Paula (1976). "The Laugh of the Medusa" (PDF). Signs. The University of Chicago Press. 1 (4): 875–893. doi:10.1086/493306.