The Little Mermaid (filem 1989)

The Little Mermaid (Si Duyung Muda) ialah sebuah filem animasi yang dihasilkan Walt Disney dan ditayang ke teater oleh Buena Vista Pictures tanggal 17 November 1990. Filem ini merupakan filem ke-28 dalam rangkaian Filem Animasi Klasik Walt Disney.

The Little Mermaid
PengarahRon Clements
John Musker
PenulisFairy Tale
Hans Christian Anderson
Lakon layar
Roger Allens
Ron Clements
John Musker
BerdasarkanThe Little Mermaid
Dihasilkan olehRon Clements
John Musker
Howard Ashman
DibintangiJodi Benson
Samuel E. Wright
Jason Marin
Pat Carroll
Kenneth Mars
Buddy Hackett
Christopher Daniel Barnes
Muzik olehAlan Menken
Diedarkan olehWalt Disney Pictures
Buena Vista Distribution
Tarikh tayangan
Tayangan asal
17 November 1990
Tayangan semula
14 November 1998
Masa tayangan
85 minit
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$40,000,000[1]
Pecah panggungA.S.
$84,355,863
Antarabangsa
$183,355,863[2]

Susulan filem ini, The Little Mermaid II: Return to the Sea, dan The Little Mermaid: Ariel's Beginning, keluarkan melalui DVD pada tahun 2001 dan 2009.

Plot sunting

Di kerajaan Atlantica, yang terletak di bawah Lautan Atlantik, Ariel, seorang puteri duyung berusia 16 tahun, dengan kehidupan di bawah airnya, tetapi dia terpesona dengan dunia manusia. Dengan kawan karibnya Flounder, Ariel melawat Scuttle, seekor burung camar yang memberikan Ariel maklumat yang tidak tepat mengenai manusia dan mengumpul artifak manusia di guanya. Dia tidak mengendahkan amaran ayahnya, Raja Triton, pemerintah Atlantica, bahawa hubungan antara manusia ikan duyung dan manusia adalah dilarang. Pada suatu malam, Ariel, Flounder dan Sebastian, seekor ketam yang berkhidmat sebagai penasihat Triton dan komposer mahkamah, mengembara ke permukaan laut untuk menonton sambutan hari jadi Putera Eric. Ariel jatuh cinta pada Eric pada pandangan pertama. Tiba-tiba ribut mula melanda yang menyebabkan kapal itu tenggelam dan Eric lemas di laut. Ariel segera menyelamatkan Eric dan membawanya ke pantai. Dia menyanyikan lagu untuk membuatkan Eric hidup semula, dan dia meninggalkan daripada tempat itu dengan cepat selepas dia bangun untuk mengelak daripada ditemui. Disedari dengan ingatan suaranya, Eric tertekan untuk mencari gadis yang menyelamatkan dan menyanyi kepadanya, dan Ariel tertekan untuk mencari jalan untuk meneroka dalam dunianya. Menemui perubahan dalam tingkah laku Ariel, Triton menyoal Sebastian mengenai tingkah lakunya dan mengetahui cintanya terhadap Eric. Triton yang menjadi marah pergi ke gua Ariel dan dia sanggup memusnahkan koleksi artifak buatan manusia kepunyaan Ariel dalam percubaan yang salah untuk melindunginya. Ariel sangat kecewa dengan kemarahan ayahnya setelah dia meninggalkan tempat Ariel. Flotsam dan Jetsam meyakinkan Ariel untuk melawat Ursula, seorang ahli sihir di laut, yang merancang untuk menggunakan Ariel sebagai tebusan untuk mendapatkan trisula ajaib Triton.

Ursula membuat hasratan dengan Ariel untuk mengubahnya menjadi manusia selama tiga hari sebagai pertukaran untuk suara siren Ariel, yang Ursula memasukkannya ke dalam cangkang nautilus. Dalam tempoh tiga hari, Ariel mesti menerima ciuman cinta sejati daripada Eric. Jika Ariel mendapatkan Eric untuk menciumnya, dia akan kekal menjadi manusia untuk selama-lamanya. Jika dia gagal, dia akan berubah menjadi ikan duyung semula. Ariel menerima kemahuannya dan kemudian dia diberikan kedua kaki manusia dan dibawa ke permukaan dengan cepat oleh Flounder dan Sebastian. Eric menemui Ariel di pantai dan membawanya ke istananya, yang sebenarnya bahawa dialah yang menyelamatkan nyawa Eric pada kejadian itu. Ariel meluangkan masa bersama Eric, dan pada penghujung hari kedua, mereka hampir bercium tetapi mereka dihalang oleh Flotsam dan Jetsam. Selepas Eric rapat dengan Ariel, Ursula sangat geram dengan mereka dan dia mula menyamar sebagai seorang gadis cantik bernama Vanessa dan dia muncul menyanyi di darat dengan suara Ariel. Eric mengenali lagu itu, dan Ursula yang berubah dalam Vanessa, dia memberikan pesona hipnosis kepada Eric untuk membuatnya melupakan Ariel.

Pada keesokan harinya, Ariel mendapati bahawa Eric akan berkahwin dengan Vanessa. Scuttle menemui identiti sebenar Vanessa ialah Ursula dan dia memberitahu Ariel, yang mana dia bergegas ke majlis perkahwinan di kapal layar dengan segera ketika dia menaiki perahu. Sebastian memberitahu Triton tentang Vanessa/Ursula, dan Scuttle mula berperang dengan Vanessa di majlis perkahwinan dengan bantuan pelbagai haiwan laut dan anjing peliharaan Eric bernama Max. Cengkerang nautilus di leher Ursula dimusnahkan, yang memulihkan suara Ariel dan memusnahkan pesona Ursula terhadap Eric. Sebelum Eric dan Ariel bercium, tetapi segalanya terlambat apabila matahari sudah terbenam yang Ariel berubah kembali menjadi ikan duyung, manakala Vanessa berubah kembali menjadi bentuk Ursula yang asal. Ursula secara kejamnya menculik Ariel dan terjunam ke dalam laut. Di dalam laut, Triton berhadapan dengan Ursula dan membuat Ariel melepaskan daripada cengkaman Ursula, tetapi hasratan yang Ariel telah buat olehnya tidak dapat dimusnahkan. Atas hasutan Ursula, Triton bersetuju untuk mengambil tempat Ariel sebagai tahanan Ursula, yang dia menyerahkan trisulanya. Ariel sudah dibebaskan daripada cengkaman Ursula tetapi dia mengubah Triton menjadi polip dan dia mengalami kehilangan kuasanya. Ursula mengisytiharkan dirinya sebagai Ratu Tujuh Laut, tetapi sebelum dia boleh menggunakan trisula. Ariel sangat marah dengannya dan dia bergaduh dengan Ursula. Eric melontar senjata tempuling ke lengan kanan Ursula untuk menghentikan pergaduhan antara Ariel. Ursula cuba membunuh Eric dengan trisula, tetapi Ariel menghalangnya secara tidak sengaja dia membunuh Flotsam dan Jetsam. Mengetahui bahawa balas dendam Ursula yang sangat melampau, Ursula menggunakan sihir untuk mengubah dirinya menjadi raksasa.

Ariel dan Eric bersatu semula di laut tetapi Ursula yang berubah menjadi raksasa, dia kemudian memanggil seluruh lautan, membuatkan ribut dan membawa kapal karam menaiki ke permukaan. Ursula cuba membunuh Ariel, Eric menaiki kapal yang karam dan membunuh Ursula dengan menikam di perutnya dengan tali busur serpihan. Selepas kematian Ursula, Triton dan polip-polip yang lain di taman Ursula telah kembali kepada bentuk asalnya. Triton menukar Ariel menjadi manusia dan dia dapat bersatu semula dengan Eric. Ariel dan Eric berkahwin di atas kapal layar dan hidup bahagia bersamanya.

Pelakon suara sunting

Alih suara (bahasa Inggeris):

  • Jodi Benson sebagai Ariel
  • Christopher Daniel Barnes sebagai Eric
  • Pat Carroll sebagai Ursula
    • Jodi Benson sebagai Vanessa, iaitu penyamaran Ursula
  • Kenneth Mars sebagai Triton
  • Samuel E. Wright sebagai Sebastian
  • Jason Marin sebagai Flounder
  • Buddy Hackett sebagai Scuttle
  • Paddi Edwards sebagai Flosam dan Jetsam
  • Ben Wright sebagai Grimsby
  • René Auberjonis sebagai Louis
  • Edie McClurg sebagai Carlotta
  • Will Ryan sebagai Harold

Alih suara (bahasa Melayu):

  • Noriah Abdul Rahman sebagai Ariel (nyanyian Ariel oleh Gimras Wrigal)
  • Sharul Titis sebagai Eric
  • Masny Salleh sebagai Ursula
    • Noriah Abdul Rahman sebagai Vanessa, iaitu penyamaran Ursula (nyanyian Vanessa oleh Gimras Wrigal)

Sekuel sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Stewart, James B. (2006). DisneyWar, m/s. 104. ISBN 0-684-80993-1. Simon & Schuster. Dicapai 4 Jun 2008.
  2. ^ "Re-releases of The Little Mermaid". Box Office Mojo. Dicapai pada 2009-11-22.

Pautan luar sunting