Thenmuli Rajaratnam

Thenmozhi Rajaratnam (mati 21 Mei 1991) adalah pembunuh Perdana Menteri India Rajiv Gandhi dan 14 yang lain dengan cara mengebom berani mati pada 21 Mei 1991, di bandar Sriperumbudur dekatChennai, India. Dia telah dilatih oleh pertubuhan bebas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (Harimau Tamil). Rajaratnam juga dikenali sebagai Gayatri dan Dhanu.

Pembunuhan sunting

Rajiv Gandhi sedang berkempen di bandar Sriperumbudur, Tamil Nadu untuk melayakkan beliau sebagai calon Perdana Menteri India. Pada masa beliau menjadi Perdana Menteri India, pasukan tentera India telah dihantar ke Sri Lanka untuk menjayakan misi keamanan berikutan perjuangan pemberontak Tamil. Mulai 1987 pejuang pemisah berjuang secara gerila.

Rajaratnam memakai beg tali pinggang mengandungi bom dan bahan-bahan letupan, dengan dua suis di dada. Letupan itu menggunakan bahan RDX, dengan 10,000 bebuli besi 2 mm terbenam untuk menguatkan kesan letupan. Selepas memberi penghormatan terhadap Rajiv yang lalu dihadapannya, Rajaratnam menyentuh kaki Rajiv dan memetik suis letupan.