They Will Kill Us All

They Will Kill Us All merupakan sebuah kumpulan rock alternatif Malaysia yang ditubuhkan pada 2003. Kumpulan ini turut menyertai gig Rock The World 2008 pada 20 Disember 2008, di The Secret Garden.

They Will Kill Us All
Juga dikenali sebagai
TWKUA
Berasal dariMalaysia
GenreRock progresif, rock alternatif
Tahun aktif2003-2015
Syarikat rakaman
Super Stellar Sound Recordings
Bekas ahliHafizul Azim
Amir Shazlan
Ihsan Ariffin
Herwandi Saat
Edwin Raj
David Leong

BiografiSunting

They Will Kill Us All atau lebih dikenali dengan singkatan TWKUA ditubuhkan pada 2003 dan diasaskan oleh Edwin Raj dan David Leong, kebanyakan ahli kumpulan ini pernah beraksi dengan beberapa kumpulan muzik sebelum ini. Hafizul Azim, Ihsan Ariffin dan Amir Shazlan menyertai band ini, menjadikan TWKUA lima orang. Kumpulan ini mendapat namanya daripada tajuk lagu nyanyian kumpulan The Bronx yang berjudul They Will Kill Us All (Without Mercy).

Kumpulan ini bergiat aktif mengadakan persembahan di beberapa konsert dan gig, termasuk konsert KAMI The Concert dan Rock The World 2008. Band ini muncul dengan album sulung mereka, Secret Episodes yang memuatkan tujuh lagu, termasuk sebuah lagu instrumental. Vokalis band ini, Hafizul Azim atau Fizul meninggalkan TWKUA kerana komitmen kerja selepas pelancaran album pertama band ini, tempatnya digantikan oleh gitarisnya, Edwin Raj.

Band ini terus melangkah ke depan dengan kemunculan album kedua, Vultures yang menampilkan lagu-lagu hits seperti The Great Glass City, Under The Red Sky dan Sirens, band ini mengambil Herwandi Saat sebagai ahli baru bagi menggantikan Fizul, Herwandi mengambil peranan sebagai pemain keyboard dan synth.[1] Pada tahun 2015, band ini melancarkan single terbaru mereka, Procession.

Ahli kumpulanSunting

  • Edwin Raj - vokal / gitar (2003–2015)
  • David Leong - gitar / keys (2003–2015)
  • Amir Shazlan - vokal / bass (2005–2015)
  • Hafizul Azim - vokal (2005–2009)
  • Ihsan Ariffin - dram (2007–2015)
  • Herwandi Saat - keys / synth (2012–2015)

DiskografiSunting

Album studioSunting

SingleSunting

  • "Procession" (2015)

RujukanSunting

  1. ^ Aizyl Azlee (5 Februari 2013). They Will Kill Us All: Untitled JUICE Online. Dicapai pada 30 Ogos 2013.

Pautan luarSunting