Dalam mitos Yunani, Titan (Yunani: ΤιτάνTi-tan; jamak: ΤιτᾶνεςTi-tânes) merupakan sebuah kaum dewa-dewi yang gagah perkasa belaka, iaitu keturunan dewi Gaia (Bumi) dan Uranus (Kayangan) yang berkuasa pada Zaman Keemasan. Mereka merupakan makhluk gergasi daim yang teramat kuat dan juga dewata pertama dewa-dewi Yunani-Rom.

Pada generasi pertama dua belas Titan, yang jantan adalah Okeanos, Hyperion, Koios, Kronos, Krios dan Iapetos manakala yang betina adalah Mnemosyne, Tethys, Theia, Phoibe, Rhea dan Themis. Generasi kedua Titan terdiri daripada putera dan puteri Hyperion iaitu Eos, Helios, dan Selene; puteri-puteri Koios iaitu Leto dan Asteria; putera-putera Iapetos iaitu Atlas, Prometheos, Epimetheos, Kalypso and Menoetius; puteri Okeanos iaitu Metis; dan putera-putera Krius iaitu Astraeos, Pallas, dan Perses.

Kaum Titan digulingkan oleh sebuah bangsa dewa-dewi muda iaitu Olimpian, dalam Perang Titan. Ini melambangkan anjakan paradigma mitos yang mungkin diserap oleh bangsa Yunani dari Timur Dekat Purba.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Burkert, pp. 94f, 125–27.

Pautan luar sunting