Tok Guru Peramu merupakan seorang lelaki tua misteri yang muncul di Kampung Peramu Kuantan, selepas kemunculan pahlawan Mat Kilau pada penghujung tahun 1969. Asal usul Tok Guru Peramu tidak diketahui dan kerana itulah dia digelar Tok Guru Peramu kerana beliau menjadi guru Al-Quran di kampung itu.[1]

Tidak lama selepas kemunculan Mat Kilau, nama Tok Guru Peramu dikaitkan pula dengan nama Dato' Bahaman, iaitu ketua pahlawan-pahlawan Pahang yang berjuang menentang Inggeris di Pahang pada abad ke-19 dahulu. Walaupun beliau didakwa sebagai Dato' Bahaman, namun Tok Guru Peramu enggan membuat pengakuan secara rasmi sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan Mat Kilau. Perkara tersebut telah menjejaskan usaha pelbagai pihak seperti ahli sejarah dan kerajaan negeri Pahang untuk mengiktiraf beliau sebagai pahlawan Dato' Bahaman.[2]

Kematian Tok Guru Peramu sunting

Tok Guru Peramu akhirnya meninggal dunia pada 23 Julai 1977 tanpa sebarang pengesahan rasmi oleh kerajaan negeri Pahang.

Rujukan sunting

  1. ^ Buku Dato' Bahaman Sejarah Perjuangan Dan Adakah Dia Tok Guru Peramu, Temerloh,2023
  2. ^ https://pustakamalaya.blogspot.com/2023/01/dato-bahaman-dan-kaitannya-dengan-tok.html